Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Monday, January 7, 2019

Dinner Anniversary yang ke 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti kebiasaan, kami sekeluarga akan dinner pada malam tahun baru sempena ulangtahun perkahwinan kami. Ini tahun ke 4 kami buat camni. Sejak ada Anas memang ini je cara sambutan. Nak check in hotel mahal masa² camni. Sebelum Krismas saya survey hotel yang beri harga yang terbaik buat kami 4 beranak. Anas dan Auni makin meningkat umur, ada hotel yang dah kenakan cas bermula 4 tahun.


Lepas survey beberapa hotel di Pulau dan Seberang saya pilih Hotel Sunway, Seberang Jaya sebab harga paling murah, ada lucky draw, kanak² umur 6 tahun baru kena bayar, diskaun 20% untuk pemegang sunway pals, kad maybank dan dapat 4x point. Saya ada kad sunway dan call ke hotel untuk pengesahan. Staf hotel minta datang ke hotel untuk booking. Saya ke hotel 2 minggu sebelum tarikh dinner. Saya diminta untuk bayar penuh untuk dapat baucar yang ada nombor lucky draw.


Ada kejadian berkenaan sunway pals point. Saya cerita di post lain.

31/12/2018

Ini meja kami
9 pagi saya dapat panggilan dari pihak hotel. Tanya sekiranya ada penambahan ahli untuk dinner malam ni. Dinner bermula 6.30petang. Kami bertolak dari rumah 6.25 petang lepas husband balik kerja. Jalan jammed, lepas sejam baru sampai. Anas dan Auni tidur dalam kereta. Dukung la dua² masuk dalam hotel dan naik ke Cengal Ballroom di tingkat 1. Beri voucher pada staf yang tunggu depan hotel dan kami di bawa ke meja kami, 6 seater table. Atas meja ada party pack box. Dalam box ada wisel, mercun dan mask.

Pasta station
Anas dan Auni mood belum ok. Anas la swing teruk. Auni kejap je ok. Bawa dia pergi tempat makanan dan suruh pilih nak makan apa. Dia nak spagheti alfredo. Ada stesen pasta. Boleh pilih nak penne atau spagheti then masakn ada 3 pilihan, arabica, alfredo dan aglio olio. Sementara tunggu siap masak saya pergi ambil roasted lamb. Saya suka rasa lamb di hotel. Beberapa tahun lepas sedap. Berulang kali saya ambil tapi tidak tahun ini. Sos saja yang sedap. Boleh pilih mushroom atau blackpepper.

Spagheti Alfredo

Suap Auni makan pasta. Saya rasa sikit pasta dan tak sedap. Untuk Anas husband ambil Roasted turkey dan buah strawberry. Buah ada atas desert dia kutip habis. Habis makan lamb, saya ambil chicken lasagna dengan Majitas. Lasagna ok, Majitas pertama kali makan. Macam chicken roll je rasanya.

Menu utama. Nasi, sayur, ikan, mussle.
Saya langsung tak makan.
Tak leh nak komen sedap ke tak.
Tak makan sebab masakannya tak menarik
Lasagna dan Majitad

Sambil makan ada live band. Meja kami tepi pentas. Sedap suara penyanyi. Ada lelaki dan perempuan. Pelbagai bahasa penyanyi boleh menyanyi. Sambil² dengar nyanyian saya pergi ambil desert lak. Saya ambil fruit crumble dengan sos kastad. Ambil sikit je nak rasa. Sedap. Plan nak repeat makan tapi lupa.


Tengok anas makan roasted Turkey sampai 3 pinggan, saya pun pergi ambil. Rasa macam lamb. Tak sedap. Mungkin sebab tak marinated langsung pastu bau hanyir, hamis masa makan. Nak banding dengan lamb yang makan masa majlis akikah memang lain sangat rasanya.

Kiri stesyen Lamb
Kanan turkey
Lepas makan crumble, saya jalan² pilih nak rasa makanan apa lak. Anas Auni saya bagi Aiskrim. Main menu saya tak rasa nak makan. Ada nasi minyak, ayam , udang, ketam, sayur brokoli, sayur buncis, siput. Semua hidangan tu masak berkering, tak de kuah dan nampak berminyak. Tak tertarik langsung nak makan. Saya ke stesyen pasta. Yang tinggal hanya penne dan saya minta masak aglio olio. Yang ni sedap tapi agak berminyak.

Dah kenyang tapi rasa nak makan lagi. Ambil ais krim. Dessert banyak ada tapi tak rasa nak mencuba. Nampak tak menarik. Aiskrim ada 3 flavour vanila, coklat dan mint. Vanila je saya tak makan. Lain² sedap. First round ambil sempat makan 3 suap je. Lepas tu Auni amik makan. Saya pergi ambil yang lain lak.


Lucky draw ada 3 je dan langsung kami tak bertuah. 10 malam kami berangkat pulang. Bergambar jap kat depan lepas tu terus gerak balik.





Sunday, October 1, 2017

1 Oktober 2017

1/1/11 - 1/10/17 
Perkahwinan bertambah usia
Makin hari mematangkan kami.

1/3/13 - 1/10/17
Anas Syauqi bertambah usia.
Masih banyak benda di dunia ini
Yang perlu dipelajari.

Monday, October 15, 2012

Wedding Ain

Salam..
Hujung minggu lepas penuh aktiviti. Ceehhh.. Padahala bukan banyak sangat pun tapi sejak pregnant ni jarang g berjalan. Kalau g pun dekat-dekat je dan tak banyak tempat pergi. Tapi Sabtu lepas macam banyak lak tempat di jengah. First, pergi Majlis Perkahwinan teman kolej, Ain di Kemunting. Best sangat. Jumpa ramai teman yang dah lama tak jumpa. Ye lah bila masing-masing dah kerja susah nak berjumpa.Tambah lak masing-masing kerja syif memang susah nak jumpa di majlis teman-teman. Lepas Asar baru gerak pulang then shoot balik rumah FIL. Then, hubby ajak g Autocity tengok Pameran kereta. Huhuhu. Sangat bukan jiwaku. Tapi ikut je la walau rimas dengan bunyi sound sistem yang kuat dan ramai orang. Hampir pancit berjalan. Huhuhu.. Pendek cerita, jom layan gambar (^_^)

pelamin cantik
Antara teman yang dah lama tak jumpa
with Tikah

Last shot b4 balik

doorgift  
perut 19w. *tiba2* ngeee

Friday, September 21, 2012

Majlis Sambut menantu



Salam..
15/9/12 majlis sambut menantu a.k.a kenduri sebelah pihak lelaki. Alhamdulillah ramai saudara mara datang membantu. Ada yang berkampung sejak seminggu sebelum lagi. Nasib saya dapat cuti awal 2 hari walau kena masuk kerja jugak lepas solat jumaat. Sempat la bantu packing goodie bag, potong bunga rampai. Majlis pun berjalan lancar. Elok je pengantin habis potong kek angin kuat dan khemah makan beradab pengantin hampir tumbang.

Lauk pauk Alhamdulillah cukup walau ada beberapa perkara terjadi di pihak catering tapi tak nak buruk sangka. Majlis dah selesai pun. Nasib baik ayah buat back up, order extra 100 pcs ayam dari kawan dia dan mak masak gulai ikan kering yang memang sangat membantu di hujung waktu. Jemputan pun ramai yang hadir walau kawan-kawan saya berapa kerat je nampak batang hidung. Message pun tak ape pun tak. Biar lah.. Ada hikmahnya. Banyak yang saya dan suami belajar. Pada yang kerja pagi dan sanggup datang dengan uniform kerja, thanks bebanyak. Really appreciate. Pada yang tak dapat datang dan sms, call saya maklum kan tak dapat hadir juga saya ucapkan bebanyak terima kasih. Terima kasih sudi meluangkan masa inform saya. Yang lain-lain, no komen. ****************

bukti potong bunga rampai. ngeee

khemah meja beradab pengantin
VIP corner
lauk pauk
meja beradab
view dari luar khemah
lolipop untuk kanak-kanak
deejay
doorgift yg gigih DIY
tuan rumah
adik dan anak angkat mak :P
pengantin lama

my cousin and cousin's hubby

my family

 
Family kami :)
orang kuat majlis

kek fondant chocolate

cake cutting

my dad birthday cake

       

Saturday, June 9, 2012

Wedding BIL - final part

Salam..
Adeh.. tah habis-habis lagi cerita pasal wedding BIL. Ini final, the last one.. Tak de dah nak merepek meraban, tepek gambar merata pasal wedding ni.. Ini masa majlis di kampung hubby. Actually tak banyak pun gambar sebabnya kamera dengan hubby dan masing-masing sibuk buat kerja. Tak de la buat kerja sangat pun sebab semua dah upah orang masak. Sibuk melayan keluarga saya yang datang.

Malam sebelum kenduri ada buat khatam Quran si Along iaitu anak sedara hubby yang sulung. Cucu sulung Mat Desa dan Faizah. Juga buat majlis cukur jambul anak BIL yang lahir 2 bulan lepas. Tak de la exactly cukur jambul sebabnya dah cukur pun tapi memandangkan ni pertama kali si baby itu balik ke kampung lepas lahir buat la juga ikut adat. Cuma si ayahnya mendukung anak keliling yang membaca marhaban. Correct me if i'm wrong. Jom tengok gambar.


budak demam yang merap
sy lg cute. sekian!
meja beradab yg BIL hubby deco


 

Then petang tu akibat kebosanan (walaupun banyak periuk belanga nak basuh) ajak hubby g ban pecah sekali angkut BIL dengan wifenya. Ban pecah tempat rekreasi di kampung ni la. Tak de pe pun sebenarnya tapi dah senja leh la tengok matahari terbenam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...