Sunday, October 17, 2010

PROSEDUR PERKAHWINAN

n3 ni miza nk cerita pasal prsedur perkahwinan di penang n perak.
last week miza n tunang da p amik borang kat pejabat agama daerah masing2..
miza amik kat butterworth, png n encik tunang amik di daerah kerian, perak.

ms nk amik borang ni miza kna isi dlm buku nama miza n ic no pastu bayar rm1..
then akak kat kaunter tu akn gtau bahagian mn yg kena isi dan dokumen2 diperlukan sms nk submit brg n interview.
snarai soalan tuk interview juga di sertakan.
mcm encik tunang lak diorg juz bg brg. so dia mcm terkebik2 xtau mn 1 kna isi n tak..
pastu xde snarai benda2 yg nk kna bw ms submit n snarai soalan temuduga..

dia pon pas isi trus p jumpa penolong daftar nikah kwsn dia tuk sign tp kna reject sbb x lengkap.
then pen pendaftar nikah xplainkn yg dia kna bw

  • surat akuan bujang
  • sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
  • ic bakal pengantin perempuan dan laki
then dia kna g amik sign penolong pendaftar nikah kwsn sana
n bw bersama HIV test yg da lengkap dan submit ke pej. agama daerah tuk di approve.
da approve n interview br diberi kepada pihak perempuan.

mcm miza lak (bhgn pulau pinang)

pg tu miza g wat HIV test dulu. (byr rm1)
patutnye staff kesihatan xyah byr tp rm1 je pon.. malas nk gtau yg staff..

da setel HIV test br p amik brg..
dlm brg miza kna isi particular bakal pengantin laki dan pompuan n wali.
pastu kna amik sign dr ahli qariah masjid & imam masjid yg nk akad nikah.
pastu submit bersama - sama senarai brg yg diperlukan iaitu -

  • salinan ic laki, perempuan dan wali
  • hiv test
  • sijil kursus kahwin asal dan salinan
  • brg kahwin phak laki yg da lgkp dan disahkan
ni lak yg miza copy paste dari Jabatan agama Islam Pulau Pinang..
mgkn ni lebih mudah phm dr pe yg miza taip..

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)

  1. Dapatkan Borang 1 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki) dengan harga RM1.00 di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :-

  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon janda).
  • Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
  • Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).
  • Surat Pengesahan Pemastautinan Pemohon.
  • Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki.
  1. Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
  2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.
  3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (PEREMPUAN)

  1. Dapatkan Borang 2 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Perempuan) dengan harga RM1.00 di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
  2. Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :
  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon janda).
  • Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
  • Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).
  • Surat Pengesahan Pemastautinan Pemohon.
  • Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki.
  1. Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
  2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.
  3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.


ni lak yg miza copy pate dr Jabatan Agama Islam Perak


Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin (negeri perak)

2.1. Pengesahan Permohonan Berkahwin

i) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya.

ii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang ditetapkan.

iii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap oleh pemohon

iv) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:

  • - Salinan Sijil Kelahiran.
  • - Salinan Kad Pengenalan.
  • - Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
  • - Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki.
  • - Surat perakuan cerai jika pemohon bercerai hidup.
  • - Surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati.
  • - Surat akuan memeluk agama Islam jika saudara baru.
  • - Surat kebenaran daripada Jabatan polis jika pemohon anggota polis.
  • - Surat kebenaran dari angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera.


V) Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon di dalam ruang yang disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.


2.2. Kebenaran Permohonan Berkahwin

i) Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh penolong pendaftar kecuali bagi sub peraturan ( iii )

ii) Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan diterima selewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.

iii) Pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi kes-kes tertentu.

iv) Setelah berpuashati Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin melalui catatan dalam borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri. Manakala bagi permohonan perkahwinan luar negeri dan tempat lain dikeluarkan melalui surat kebenaran.



sedikit info ttg HIV test

  • boleh dijalankan di klinik kesihatan kerajaan sahaja
  • bg daerah butterworth - hari isnin, rabu & jumaat di KK butterworth, selasa dan khamis di KK kepala batas @ KK seberang jaya

sekian~

9 comments:

  1. Akak nikah kat Perak... mmg rumit tambahan akak ni saudara baru dan org Sabah pulak... siap suruh baca quran lagi.. tapi banyak hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  2. gadisku..
    engkau bakal bergelar puan tak lama lagi..
    nnt bila sampai turn aku konfem aku refer hg lah..
    gonna miss u soooo much la babe..
    sedeyh la pulak nak lepaskan hg..
    cessss..
    jiwang kunun aku nih.. ;)

    ReplyDelete
  3. wah..complete..nanti aku nk kawin, aku refer blog kau je la..hehehee

    ReplyDelete
  4. nur - thanks dear

    fuziani - yup akak, perak sgt complicated tp tgok brg nye simple je.. diorg suruh bc quran ek? bagus la kalo cmtu.. yg sedia lahir islam ni pon lom tentu pandai mengaji..

    adeiq laling - jgn sebut puan lg.. 2 months more.. nnt time hg nk kawen aku kasi tunjuk ajar, tu pon kalo aku ingt la.. hehe.. nnt ms aku akd nikah hg jgn nangis tau.. kekekeke

    nana - nana, hg lagi ssh nnt sbb kelantan len lak prosedurnye.. hehe

    ReplyDelete
  5. Salam kenal cik mieza...syafa pun org penang jugak..hihi
    btw surat akuan bujang tu rupanya camner ek?syafa dah amik borang tapi tak brapa faham..kena isi complete dengan qaryah dulu ke baru leh hantar?

    ReplyDelete
  6. salam cik syafa...
    miza pon xtau rupa surat akuan bujang tu.. lelaki sj yg kna ada surat akuan bujung tu...
    tunang miza g kat pejabat jadi n mintak surat akuan bujang. the setel.
    yup, kna isi complete dgn qaryan br leh submit the form.. submit skali dgn pihak laki nye form yg da approve

    ReplyDelete
  7. Tank 4 da info... Ur future husband sama negeri ngan i :)

    ReplyDelete
  8. kasut pink - really? perak quite complicated kan.. tp kalo sama negeri may be xde masalah sgt.. cm kitorg laen negeri rumit je jd

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...