Thursday, October 6, 2011

my progress

salam & hi..

last tuesday ada appointment ngan klinik tulang.
1st g xray dulu. siap xray, film tu saya pegang. dan la tengok, nmpk tulang kaki yg patah tu ada one part yg tak bercantum.
yang patah belah atas dah nampak elok bercantum.
dan cakap kat hubby,
''mesti doc tak bg jalan lagi.
kena tunggu bulan depan lak pastu mesti kena operation lg betulkan fragment tulang tu''

perasaan masa tu kecewa sangat.
pas setengah jam menunggu, no giliran sy dipanggil.
rupanya appointment rini jumpa dgn big boss..
takut ok..

dia pon tunjuk la xray film tu kat skrin & terang kat saya.
sama la mcm saya fikir awal2 tu.
dia cakap ''boleh bagi kepingan tulang ni bercantum balik, kena buang skru besi dalam tulang ni,
lepas buang terus boleh start jalan''

saya  fikir ''OMG another operation''
dia cakap, ''minor operation saja. sekejap lg boleh wat. so, nak tak wat?''
saya tgok hubby, hubby tgok saya. sah la my hubby tak paham langsung dgn muka blur itu..
saya pon setuju nak wat asalkan before kul 2 sebab ada appointment tuk cek hidung lak.
dia ckp sempat, kejap je wat ni..

screw yang dibuang dr besi pada tulang peha saya
pic from GOOGLE

maka, masukla saya dlm bilik tuk minor op tu.
bangga tul sbb big boss sendiri turun padang.. muahaha..
dia cakap ''saya bg bius setempat je. kira bg ubat kebas tempat yang nak potong tu.
tapi nnt dekat tulang tak leh bg ubat kebas.
akan rasa sengal la''
saya pon ok..

masa dia bg bius tu mmg rasa la inject. slow je bunyi. ngah tahan sakit.
nasib dah biasa derma darah. sama je rasa.
pastu dia start lapah potong isi.
memang tak rasa kangsung.
cuma nampak gerakan doktor tu je.
pastu tetiba rasa sengal & keras.
terus jerit saya.. tp xde la org kat luar pon dengar.
dr tu cakap ''saya dah sampai tulang ni. nak buang screw, akan sengal nnt, kalau sakit gtau ye..''
saya pon tahan la setakat yg leh.
pastu dia ckp ''dah buang satu screw, ada satu lagi. tp yg tu dlm skit. kalau awak tak tahan gtau sy bg ubat tidur''

saya dengan confident jawab ''bagi ubat tidur la doktor''
hahahaha.. nampak sangat tak tahan sakit
dr tu kata nk try buang dulu kalau betul tak tahan br bg ubt tidur.
sy pon start la mengucap, bg ayat kursi & semua doa2 yang sy tau.
tak nak bg pikir sakit tu.
mmg sengal dan kebas la rasa kaki tu. cuba thn.
tak nak nangis. ^__^
pastu MA tu gtau ''dah buang dua2 screw.''
spontan saya jawab ''alhamdulillah'' ^___^
pas dr jahit dan cuci segala beserta khidmat pesanan maka beredar la sy.

2 skru yg dibuang dr besi dlm tulang peha saya

jenuh nak bukak pas ni. dah la bulu banyak T___T

dia suruh trus mkn ubt smpai umh nnt.
sy lak dgn jahatnya tak balik umh trus.
g wad sy dulu hantar mc n sembang2 dengan kwn.
then mula la rs sengal..
ajak hubby balik.
hubby lak ajak g hospital yg appointment kul 2.
sy ckp ''mmg tak thn sakit ni. kita balik amik ubt je pastu gerak mai sini balik''
dia pon ok.

2.30 ptg jpa dr bhgn ENT lak untuk masalah deria bau saya.
rasanya sy dah mention yg sejak kemalangan sy hilang deria bau.
Dr tu sgt baik.. so soft spoken.
dia bg ubt sprat dlm hidung untuk merangsang deria bau sy balik.
siap pesan lg hope lepas ni jumpa balik awak dah bleh bau.. ^____^

sampai umh mmg sungguh la sakit.
gerak skit pon sakit.
tak dpt describe sakit cmne.

mlm cuba la berjalan pakai tongkat. sy byk heret kaki yg patah tu je.
sbb rs lembut lutut nk pijak. dengan sakit lagi.
mmg rasa lembut kat bahagian yg buang screw tu.
sampai je dapur saya dah tak tahan sakit.
tapi gedik gak nk terus sampai ke toilet.
sudahnye merambu air mata.
adik saya tgok je. speechless trus tgok kakak dia nangis.
ms mlm nk tdo tak leh. sengal je rasa.
cuba gak bengkok kaki sbb tak mau jd stiffness mcm dulu.
sekali lagi air mataku merembes..

pd pembaca blog sy ni, doakan sy kuat, tabah untuk menghadapi dugaan saya ni.
doakan saya leh berjalan semula dengan normal nya.
doakan kesakitan saya berkurangan.
T________T

4 comments:

  1. huhu...bertabah ye...semoga Allah mudahkan semua urusan awk dan cepat sembuh.....


    p/s:salam perkenalan ;)

    ReplyDelete
  2. thanks Lina..
    salam perkenalan juga :)

    ReplyDelete
  3. teringat kesah diri sendiri......tapi sakitnya sampai skang terasa..tambah lagik kalo sejuk....mula la datang bisa~

    ReplyDelete
  4. hunny - pernah kena mcm miza ke? skrg kalau hujan mmg terasa kebas je satu kaki. T__T

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...