Thursday, November 24, 2011

Home sweet home

Salam..
Thanks for reading my blog :)
Hari ni genap seminggu saya dan suami tinggal semula di rumah kami.
Sejak kemalangan tanggal 3.7.2011 saya dan suami menetap sementara di rumah keluarga saya.
Alhamdulillah, selepas 4bulan ++ keadaan saya semakin baik.
Beberapa minggu lepas kami pulang ke rumah kami.
Tujuannya nak tengok saya mampu ke mendaki tangga ke tingkat 3 rumah kami.
Yess, saya berjaya walaupun sangat lambat dan banyak berhenti.

Sebelum accident pun saya akan tercungap - cungap bila sampai tingkat 3.
Setelah accident lagi la. Tambah lak saya naik tangga dengan bantuan tongkat.
Then saya dan suami decide untuk tinggal semula di rumah kami.
Lebih privacy ^__^ ngeee..
Lebih bebas bagi kami berdua.
Kami boleh tidur pukul barapa yang kami nak.
Kami boleh pilih nak menonton channel astro mana yang kami nak.
Kami boleh keluar rumah jam 2 pagi semata - mata nak makan rojak :)

Keadaan mungkin agak sukar bagi saya berbanding sebelum ni.
Dengan menggunakan tongkat kerja rumah apa sangat yang boleh saya buat.
Saya boleh melipat baju, menyimpan baju di almari, membasuh baju (sbb guna mesin) :-P
Tapi nak bawa bakul baju ke penyidai saya perlu tendang. Owh buruk dan tak sopan betul bunyinya.
Dah tangan saya dua - dua belah pegang tongkat, hanya kaki yang boleh guna.
Memasak? Sebelum pulang ke rumah kami lagi suami dah cakap saya tak perlu masak. ^__^
Dia akan beli sebelum ke tempat kerja.

Yup, dia kotakan janjinya. awal - awal memang dia beli. Tapi larat ke nak makan luar je.
Saya cuba juga memasak. Saya masak nasi :-) hehehe..
Lepas tu saya goreng dgn perencah buat sendiri. Itu pun berjam2 masa saya ambil.
Saya terketar - ketar kaki bila berdiri lama.
Banyak ke ruang tamu je berehat.
Husband cakap buat yang mampu je. ^__^
Lastnya yang saya mampu buat basuh pinggan. heheh..
Letih berdiri saya duduk, kemudian sambung basuh.

Petang semalam husband masak sebelum dia pergi keje.
Dia masak, saya sidai baju, lipat baju dan kemas almari baju.
Nak tau dia masak pe?

Tomyam campur + ikan bilis & cabai melaka goreng

Kami berdua bukan lah jenis yang kena ada 4,5 jenis lauk masa makan.
Diluar pun kami order Tomyam atau sup daging + telur dadar
Hari ni saya nak try lak memasak.
Minta - minta lah saya mampu berdiri lama2. Amiiinnnn

2 comments:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...