Sunday, November 20, 2011
review novel : Gulai Pisang Ikan Masin
Salam..
Selesai sudah menghabiskan novel di atas ini.
2 minggu di perlukan saya nak menghabiskannya.
Slow kan saya? Novel ni sangat tak kena dengan jiwa saya.
Ayatnya yang skema macam buku teks BM.
Saya lebih prefer novel yg santai. Menggunakan kata ganti diri 'aku' berbanding dengan 'saya'
Permulaan cerita sangat la slow. Banyak kisah hal kampung dalam novel ini.
Org kampung lepak di warung kopi la. Asal usul nama warung tu la.
Asal usul panggilan org kampung kepada si polan - si polan la.
masuk pertengahan baru macam menarik sikit.
Lebih laju saya membaca bila dah menarik.
Saya bagi 2/5 bintang TT___TT
tak berbaloi beli. rasa nak jual balik saja
SINOPSIS
Kisah pasal Ipin, pemuda kampung yg lembab zaman persekolahannya dan sentiasa di buli teman2.
Latifah and the gang yg slalu back up dia dan kdg2 join buli gak.
Dia terpaksa berhenti sekolah pada darjah 6 sebab nak bantu mak dia meninggal.
Ayah dia di sihir org sampai gila. Dari kecik dia dah belajar mencari rezeki dgn keje sawah dan ambil upah orang kampung.
Sampai dia besar, kehidupan mereka masih sama.
Pemborong yg slalu beli ikan yg ditangkap Ipin ni suggest dia untuk buka kolam ikan.
Kolam ikan berjaya diusahakan Ipin dgn bantuan kewangan dr kerajaan.
Latifah berjaya jd lawyer dan menaruh hati pada Ipin. Ipin pun sama.
masalahnya ayah Latifah, Long Deraman yang tak sukakan Ipin sekeluarga
sebab Long dulu syok kat mak Ipin tapi mak Ipin kahwin dgn bapaknya.
Dan tanah yang Long Deraman bina rumahnya tu milik ayah Ipin.
Dia belum settle bayar hutang tanah tu lagi.
Dan Long juga manusia yang bertanggung jawab mengsihirkan ayah Ipin sampai gila.
Satu malam tu ribut, pokok kelapa tempat Long Deraman tanam tangkal yg bg ayah Ipin gila dah tumbang.
Ayah Ipin pon sejak dari tu semakin sihat. Long Deraman plak rasa bersalah dan mengaku semua salahnya pada keluarga Ipin.
Ipin yang marah, berpindah dari kampung tu.
Latifah lak masih tak jemu pujuk Ipin.
bla bla bla..
tak larat taip dah. ngeee..
happy ending. Ipin kahwin dgn Tipah.
sekian
p/s - hari ni 20.11.2011.. sekian ^___^
Labels:
gulai pisang ikan masin,
jemari seni,
malay novel,
novel melayu,
szalies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)