Thursday, December 15, 2011

review novel : M.A.I.D



Salam...
Nak review novel di atas.
Saya mengambil masa selama seminggu nak habiskan membaca.
Bukan tak best. Best.. Leh jadi edisi 'susah nak letak'
Tapi mungkin sebab saya dah leh agak endingnya, maka agak slow saya membacanya.

Buku agak tebal. 800++ muka suratnya (kalau tak silap saya)
Then banyak isu tentang mana tak patut pon diadakan.
Itu yg membuatkan novel bertambah tebal & mahal jadinya bila dah tebal.

Watak perempuan iaitu heroinnya sangat perfect.
Cuma awal je ada kekurangan, sbb tak tahu memasak.
Bila dah belajar masak, dia perfect. tau serba serbi.
Semua pun sayang. Sangat tak realiti.
Buat bosan2 leh la nak membaca.
Saya bagi 3/5 bintang

SINOPSIS

Mengisahkan Noorul, seorg penganggur yang terdesak perlukan kerja
sanggup bekerja sebagai pembantu rumah pada Harris.
Pemuda bujang yg perfect (hensem, kaya, bla bla)
Noorul tinggal serumah dgn Iman.
Haris digelar Mr F oleh Noorul & Iman, iaitu Fussy.
Harris yg cerewet, selalu membuli Noorul dan ada saja kerja yg Noorul buat
yg tak kena pada matanya.

Then Noorul berkenalan dgn adik Harris, Haikal.
Yang perfect juga. Tapi tak cerewet. Haikal sukakan Noorul.
Iman sukakan Haikal. Noorul sukakan Harris. Harris sukakan Noorul.
Harris dan Noorul terpaksa kahwin sebab difitnah.
Masing2 tak mengaku perasaan mereka.


Pastu lama2 mengaku la diorg. Mama Harris tak sukakan Noorul.
Elisa, bakal menantu pilihan mama Harris buat rancgn jahat nak kenakan Noorul.
Tapi akhirnya terbongkar gak semua rahsia.
Haikal kahwin dengan Iman.
Mama Harris dah boleh terima Noorul.
Maka bahagialah mereka.
Sekian.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...