Salam..
Dah lama tak review pasal novel yang dibaca.
Sebab saya ambil masa yang sangat lama untuk menghabiskan novel ini.
Novel ni sangat tebal. 1056 muka surat.
Bila dah tebal mesti la mahal. RM32
Biasa novel dlm ± RM20
Dah lama tak membaca novel tebal camni.
Saya mendapat review dari penggemar novel di FORUM CARI
yang novel ni sangat best dan berbaloi untuk dibeli.
Ya, novel ni best. tak bosan walaupun tebal.
Cuma kekangan masa menyebabkan saya tak berjaya menghabiskan bacaan
novel ni secepat mungkin.
Dan disebabkan bukunya tebal, lenguh tangan saya nak memegangnya. +_+
Pendapat saya novel ni tebal sebab penulisnya cerita sangat detail.
Sampaikan apa yang watak ni buat setiap hari di ceritakan.
Tapi bukan la benda yang sama.
Banyak benda baru yang explore.
Watak heronya sungguh la perfect dalam novel ni.
Dengan handsomenya, peribadi mulia.
Tak jumpa cacat cela la.
Novel ni memang penuh ilmu.
Paling banyak ilmu tentang Islam.
Memang banyak perkara baru yg saya dapat melalui novel ni.
Novel ni memang berkisar tengtang couple tapi mereka sangat menjaga batas-batas
perhubungan dalam islam.
Juga ilmu tentang kuda.
Heronya minat menunggang kuda.
So memang detail la hal kuda dalam novel ni.
Saya cerita secara ringkasnya la tentang novel ni.
SINOPSIS
Puteri Intan Zulaikha, anak orang kaya, muslimah jatuh cinta pada Hilman Yong Abdullah.
Hilman, jejaka chinese convert ke Islam sejak remaja.
Memang warak. Juga jatuh cinta pada Intan.
Untuk mengelakkan berlaku perkara tak elok Hilman ajak Intan berkahwin.
Tapi Intan tak setuju. Dia perlukan masa untuk lebih mengenali Hilman
Berbagai masalah mereka hadapi. Perhubungan mereka putus selama 2 tahun.
Kemudian mereka bertemu semula semasa Intan berkursus di Terengganu.
Pada fikiran Intan, Hilman adalah suami Balqis kerana kali terakhir mereka
berjumpa semasa hari pernikahan Hilman.
Intan belajar menunggang kuda di Terengganu dan Hilman yang mengajarnya.
Intan kemudiannya tahu yang Hilman masih bujang.
Mereka kembali bercinta. Intan berkenalan dgn family Hilman.
Mereka ambil keputusan untuk bernikah secara ringkas.
kedua-dua keluarga setuju.
Dua hari sebelum majlis nikah Hilman kemalangan.
Jatuh dari kuda. Diselamatkan oleh Intan.
Malangnya Hilman hilang ingatan. Dia tidah tahu dia Islam
dan sudah bertunang dengan Intan.
Then berusahalah Intan untuk mengingatkan Hilman kembali.
Then Hilman ingat semula dan mereka berkahwin.
They live happily ever after ^_^
Sebenarnya banyak sangat perkara jadi dan watak sampingan lain.
Kalau nak cerita memang tak larat la.
Tetapi secara ringkasnya macam di atas la.
Saya bagi 3.5 dari 5 bintang.
Ye berbaloi untuk dibeli. Tetapi mungkin tidak kepada yang kurang gemar novel tebal.
Banyak part meleret dan macam saya kata watak lelakinya terlalu perfect.
sesungguhnya nobody perfect.
Saya lebih suka membaca novel yg realistik.
Sekian...
hai sis, nak jual tak novel ni? sy nak beli :))
ReplyDeleteemail me at hamizahanuar@gmail.com
ReplyDelete