Thursday, January 26, 2012

Saya dah MRI ^_^

Salam..
Lama rasanya tak menulis..
Tak la sibuk sangat pun tapi tak de mood nak menulis.
Semalam 25.1.2011 saya dah buat MRI.
MRI - Magnetic Resonance Imaging macam Xray tapi more detail.
Fungsinya untuk melihat struktur dalaman badan.
MRI lebih bagus dari CT Scan dan Xray.
MRI mengambil masa lebih kurang 30 ke 60 minit.
Saya punya hampir 60 minit.




Entry yang lepas saya ada mention dari last appointment yang
Ortho detect femur saya osteoporosis.
So diorg decide untuk MRI.
Saya tak tahu kenapa perlu MRI untuk kes saya.



Biasanya masa saya kerja patient yang nak MRI perlu puasa.
Tapi takde pesan pa pe pun kat saya masa ambil appointment.
Saya assume tak payah puasa. ^_^
Appointment jam 2 petang.
Tetapi saya sampai jam 2.20 petang.
Mujur tak ramai. Sekejap je tunggu dah kena panggil.

Kena masuk bilik rawatan dulu untuk masukkan jarum.
Urat saya kecil. Staff nurse tu tak berani buat (ke sebab saya staf?) ^_^
Then dia mintak Doktor masukkan.
Alhamdulillah, sekali masuk je berjaya.



Pastu masuk ke bilik MRI.
Saya diarahkan untuk tinggalkan semua barang - barang ni -
Handphone,  rantai, cincin.
Akan bagi kesan nanti sebab mesin tu sangat kuat menarik besi.
Then staf tu tanya saya seluar ada zip tak di poket belakang.
Saya tak dibenarkan bertongkat masuk ke dalam bilik prosedur.
Maka naiklah saya wheel chair ^_^

Then masuklah dekat mesin tu.
Saya sebut dekat mak masuk dalam terowong.
Sempit ok dalam tu.
Setelah dipakaikan semua kelengkapan termasuklah headphone
dan microphone in case ada masalah berlaku pada saya dlm tu.
Maka masuk la saya dalam terowong cerah dan sempit tu.
Sangat bising dalam tu.
Berbagai bunyi ditukar2 dalam masa 5 minit (agak-agak je)
Bunyi machine gun, bunyi drill dan lain-lain.




After 45 minit saya ditarik keluar.
Perghh.. Lega rasanya dah habis..
Tapi malangnya TT_____TT
Diorang nak masukkan ubat iaitu contrast atau pewarna supaya scan lebih clear.
Sangat sakit bila diorg push ubt di jarum saya tu.
Selalu buat kat patient tak hirau pun kan.
Sekarang padan muka sendiri.
huhuhu.. Cam tu la patient rasa rupanya.

Dalam 15 minit maka berakhirlah MRI saya.
Macam-macam saya rasa selama 60 minit tu.
Sejuk, lapar, nak buang air ^_^
Yang saya buat tak putus-putus baca ayatul Qursi, Al-Fatihah dan ayat-ayat lain yang saya ingat.
Takut gak saya kalau rasa apa-apa.
Tambahan lak dalam femur saya ada besi.
Mula-mula macam rasa ada short kat jari kaki.
Sekali tu je rasa.

Then buang jarum da boleh balik.
Sengalnya jarum sampai sekarang rasa lagi. Makan hari gak nak baik ni.
Keputusan MRI belum tahu. Siap selepas 5 hari bekerja.
Appointment saya 30hb ni. Memang tak sempat la.
So hari ni kena ke klinik semula minta ubah appointment hari lain.
Patutnya leh je g semalam lepas setel MRI.
Tapi nanti doktor tak de sebab saya perlukan MC baru.
MC yang latest sampai date appointment je.
If ubah tarikh MC perlu extend.
Kalau tak banyak masalah nanti.
Harap keputusannya nanti +ve
Huhuhuhu.. That's all..
Wasalam

8 comments:

  1. semoga semuanya akan baik2 saje..
    btw, miza keje mane?

    ReplyDelete
  2. ReYNa - tulang peha Miza osteoporosis.

    iizla - miza keje kat Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ;)

    ReplyDelete
  3. sy buat nk buat mRI ,.sbb buat ngan swasta..gomen lmbt sgt w/pun sy satff govt..mayb discogenic disease...wsaunye..

    ReplyDelete
  4. sy buat nk buat mRI ,.sbb buat ngan swasta..gomen lmbt sgt w/pun sy satff govt..mayb discogenic disease...wsaunye..

    ReplyDelete
  5. JPmuzlifah jp - waiting list gomen pnjg. huhu.. dah buat blum mri? mudah2an selamat semuanya

    ReplyDelete
  6. After akak buat MRI kan ada effect, lama tak nak sembuh dari rasa nak pitam tu semua?

    ReplyDelete
  7. Saya bru lps buat MRI td... Pening kpala juga lps MRI... Now rasa x bermaya sikit..

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...