Monday, January 2, 2012

Trip ke Pangkor

Salam..
Masih sempat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru..
Moga azam tahun ni tercapai ye.. ;)
Saya tak pernah menetapkan azam sejak dari dulu lagi.
Tak tahu kenapa. Tapi kalau saya nak sesuatu saya akn usaha untuk mendapatkannya.

Tentang anniversary pula, saya tangguhkan entry tentang itu kemudian ye..
Masih belum cukup gambar untuk dimuatkan disini.
Lagipun masih ada entry tertangguh.. ^___^

Seperti tajuk entry kali ni saya nak story pasal entry ke Pangkor pada 26.12.11
Saya kesana bersama hubby dan family saya.
Ayah saya yang ajak, nak berkumpul sekeluarga sbb nya adik saya yg belajar di Johor bercuti seminggu.
Sebenarnya, ke Pangkor ni last minute plannning.
Memang tak de plan nak tidor disana.
Kalau nak bermalam pun mungkin di Lumut.

Kami bertolak jam 7 pagi.
Perjalanan agak slow sebab kereta kami tayar pancit malam sebelumnya.
Pagi2 belum ada kedai tayar yang buka.
Tayar spare lak lebih kecil size dari tayar asal.
Kelajuan plak tak boleh melebihi 80km/j
Maka sopan lah suami saya memandu. ^___^

Sampai di Pantai Remis, Perak baru jumpa kedai tayar.
Mengganas kembali suamiku memandu.. hahahahha
Jam 10 pagi sampai di Lumut.
Manusia sangat ramai disana. huhuhu
Selepas makan terus gerak naik bot ke Pulau Pangkor.

Dalam setengah jam sampai la ke Pulau Pangkor.
Ayah amik teksi (van sebenarnya tapi driver tu panggil teksi) dengan tambang rm90
Driver yg tak berhenti bercakap, bercerita hal sejarah Pulau Pangkor, sangat bersifat perkauman dan dari ceritanya dia seorang saja betul.. (pada pendapat saya)
Yang bagusnya, dia akan explain setiap lokasi yg kami lalu.
Dia bawa kami ke Kota Belanda, replika Tembok Besar China, Kilang ikan, Teluk Nipah..

Sangat ramai pengunjung di Teluk Nipah ni.
Kebanyakannya warga negara tempatan.
Boleh berkayak, naik banana boat, snorkeling disini.
Disebabkan saya masih bertongkat.
Saya duduk dan melihat aktiviti org lain saja. huhuhu..
Hubby ada gak pergi jalan melihat kawasan bersama adik lelaki dan ayah saya.

Then ke jeti untuk gerak pulang.
Sangat ramai orang yang beratur untuk naik bot.
Dari dalam jeti sampai ke luar ke jalan raya.
Ada yg gtau sebab syarikat ferry hadkan company yg bg ferry jalan. huhuhu
Ntah la.. hampir 2 jam jugak beratur baru sampai giliran nak naik ferry.
Kesian kat hubby la. setia beratur 2 jam. yg wife dah berleter tak henti.
Hubby suruh saya duduk dulu. biar dia je beratur.
Bila dahaga dia lari2 g beli air. Then beratur balik... Love u hubby ^___^

Sampai di Jetty Lumut gerak balik.
Singgah kedai makan dulu then kami berpecah.
Saya dan hubby ke Parit Buntar.
Family saya pulang ke Butterworth..

Panjangnya entry ku taip.. ngeee
Jom layan gambar yg snap dr handphone xperia. Bila nk beli DSLR ntah. huhuh
Gambar banyak kot (banyak ke!!)

 Kota Belanda



 Sememehnya... haishhh



 sangat panas terik waktu ini



 taraa.. tak padan bertongkat nak berjalan merata ^___^


 cantik wallpaper.. ngeeeee


 berlatar belakangkan Kota Belanda



 encik hubby laling ^__^


ini la teksi itu ^___^


super ramai manusia yg beratur menunggu giliran nak naik bot

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...