Wednesday, February 8, 2012

begedil daging

Tetiba rasa nak wat entry pasal resepi.
Padahal bukan reti masak pun..
ngeee..
Biar la.. Leh rujuk nanti..
Semalam akibat malas nak makan nasi + lauk pauk
Maka terhasil la Begedil Daging cincang ni.
Cilok resipi dari   My Resipi tapi saya olah sikit. Sikit je pun. {^_^}



Bahan-bahan binaan

2 biji ubi kentang
Segenggam daging kisar
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar bawang goreng
1 biji telur

Cara-caranya

1. Kupas ubi, potong kecil dan rebus sampai empuk
2. Rebus daging cincang sampai masak
3. Bila ubi dah masak lenyekkan sampai hancur.
4. Gaul ubi, daging, bawang goreng, lada sulah, garam. Pastu bulatkan saiz ikut suka.
5. Pukul telur sampai naik buih-buih.
6. Celup dalam telur dan goreng.

Senang je pun nak buatnya.. Saya memang slalu try buar resipi yg senang. ^_^

1 pendapat:

Anonymous said...

hee..
sama la.
sy pun tak reti masak.
tapi nak kawen dah..
huuu.. cemana tu..
tapi suka gak kumpul resepi..

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...