Friday, February 10, 2012

Mas Kahwin

Salam..
Saya tertanya-tanya gak ape yang korang buat dengan duit mas kahwin ye?


Macam saya, tak tahu nak beli apa duitmas kahwin saya.
Mulanya saya menyimpan di ASB. Dapat la dividen awal tahun ritu..
Dah masuk setahun ni, 
Mak suruh belikan barang kemas tapi saya ni bukan lah yang jenis gilakan barang kemas.
Macam kerjaya saya pulak memang tak leh nak memakai gelang, cincin masa bekerja.
Gelang kaki lak asyik tertanggal je bila buka stokin pas balik keje.

Maka saya pun bercadang nak beli loket.
Memandangkan masa before CNY tu harga emas tgh turun,
pergila saya dan hubby serbu kedai emas +_+
Pergi kedai emas yang dekat ngan rumah je.
First masuk Wah Chan. Plan mula nak tempah loket gabungan nama saya dan hubby.
Total 7 huruf. SA kira total dalam 2k +- untuk loket sahaja
Lari bajetku. Mas kahwin saya tak sebanyak tu. T_T

Then gerak g kedai lain.
Cadangan yang sama tapi harga dalam RM300 +- untuk loket sahaja.
Gila murah dan berbeza. Terus decide nak buat situ.
Tengok few sample. Nak beli sekali rantai.
SA tu explain kalau loket 7 huruf kurang elok.
Sebab huruf panjang sangat. Nanti jadi tak center.
Bincang ngan hubby. Ok, kami pilih 2 huruf je.
Initial nama hubby dan saya.
Kami buat lakaran dan letak deposit.
SA tanya nak ikut harga emas that time atau harga emas masa collect nanti.
Tawakkal je cakap nak harga emas that time.

Before CNY dah siap rantai dan loket tu.
Malangnya bila saya tengok satu huruf tu terbalik.
Mungkin tak perasan sebab seakan sama je.
Tapi saya dan hubby perasan.
Then lepas CNY pergi semula kedai tu.
Huruf yang terbalik tu dah betul TETAPI nampak bekas welding kat bawah huruf tu.
Nampak sangat messy. Mula lah saya nak hangin.
Saya gtau yang saya bayar untuk beli benda baru bukan benda recycle.
Kesian SA tu. Padahal bukan dia yang deal ngan saya masa membeli tu.

Semalam barulah rantai dan loket tu perfect.
Dan saya sangat berpuas hati.
Kami disuruh pilih saguhati. Either payung atau beg.
Hubby pilih payung. Tapi at last SA tu bagi dua-dua |-.-|\/
Inilah rupa loketnya. Hubby terus pakaikan di kedai tu jugak =.=

...A ♥ S...

2 comments:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...