Wednesday, March 28, 2012

Heart Attack

Salam.
Lama tak mencoret di sini. Minggu ni agak sibuk.
Sabtu lepas ayah di masukkan ke CCU (cardiac care unit) disebabkan serangan jantung
atau Myocardial Infarction (MI).
Alhamdulillah petang tadi dah boleh discaj.

Saya nak tulis serba sedikit tentang MI di sini untuk rujukan.
MI juga dikenali sebagai heart attack disebabkan oleh  gangguan bekalan darah ke
bahagian-bahagian jantung dan menyebabkan sel-sel jantung mati.
Jantung terbahagi kepada 4 bahagian.
Ini terjadi disebabkan oleh salur darah yang sempit dengan lemak terutamanya kolesterol.

Simptom-simptom MI adalah
  • sakit dada tiba-tiba merebak dari tangan kiri atau bahagian kiri leher.
  • sesak nafas
  • loya 
  • muntah
  • jantung berdegup laju (berdebar-debar)
  • berpeluh
Bila terdapat tanda-tanda diatas perlulah segera ke hospital. Beberapa ubat harus
diberikan segera untuk mengelakkan lebih banyak sel jantung mati dan seterusnya
menyebabkan jantung berhenti berfungsi.

Penyebab berlakunya MI
  • Umur (lelaki >45, wanita >55)
  • Merokok termasuk pasif smoker
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Obesiti
  • Sejarah keturunan MI
  • Kegagalan buah pinggang
  • Stress 
  • Alcohol
MI atau sakit jantung ini adalah pembunuh senyap. Untuk mengelakkan penyakit ini menyerang
sesorang itu haruslah
  • berhenti merokok
  • mengambil ubat mengikut arahan doktor
  • mengawal pemakanan
  • mengawal stress, jangan cepat meradang atau runsing
  • galakkan makan daging putih - ayam, ikan
  • kurangkan makan daging lembu, kambing, kerbau
  • bersenam secara beransur-ansur
  • banyakkan makan makanan banyak serat - oat (dapat kurangkan kolesterol)
Mencegah lebih baik dari (sendiri sambung)

2 pendapat:

Schaz said...

siannye u..may Allah ease everything..

MizA said...

schaz - InsyaAllah :)

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...