Monday, March 26, 2012

Review novel : Cinta Perisa Dia


Nice story. 4.8 bintang dari 5. Karya kak Lynn tak pernah mengecewakan.
Jalan ceritanya memang belum pernah ditonjolkan dalam novel-novel lain yang saya pernah baca.
Tak de la  cliché sangat kan macam novel yang bersepah di pasaran sekarang. (sekadar pendapat)

SINOPSIS

Hadif Imran, 37 tahun, penyanyi popular, masih bujang di besarkan oleh Bonda
yang juga pengasas rumah anak yatim. Berkawan rapat dengan Darwis dan Fikri
yang merupakan anak yatim yang dibesarkan di situ.
Darwis yang akan menamatkan zamna bujangnya membuatkan Bonda menggesa Hadif untuk berkahwin juga.

Akibat keenganan Hadif, Bonda telah mengaturkan satu rancangan realiti TV, Mencari Menantu.
Hadif menolak rancangan Bonda tapi gagal akibat di sokong kuat oleh Fikri.
Penyertaan rancangan tu memang menggalakkan sehinggalah Bonda, Fikri dan Diana (cousin Hadif)
kena shorlisted kepada 21 orang dan Hadif kena pilih 8 orang untuk sertai rancangan itu
tetapi Hadif tak pilih pun. Akhirnya Fikri yang pilih.

Diantara peserta yang sertai rancangan realiti itu adalah Ayumi, seorang cleaner.
Actually bukan dia yang isi borang tu tapi kawan baik nya, Mala.
Selain itu Intan, seorang ustazah dan Mia Sara seorang model.
Semasa rancangan tu buat pengambaran banyak la cabaran yang peserta kena buat.
Buat sambal belacan, jahit langsir, menghafal surah, menganyam ketupat dan macam-macam lagi.
Setiap episod akan ada yang tersingkir hinggalah Hadif kena pilih the last one.

Ayumi tersingkir masa top 3. Ayumi yang mengaku dia tak sukakan Hadif,
so Hadif singkirkan dia. Selepas penyingkiran Ayumi rahsia dia terbongkar satu demi satu.
Manakala calon pilihan Hadif pula bercinta dengan pak we lama dia.
Dengan wartawan yang asyik memburu Hadif dan berbagai tekanan lagi, Ahmad pengurus Hadif
merancang percutian Hadif ke Pulau Perhentian iaitu tempat persembunyian Ayumi.

Beberapa kejadian berlaku, dengan kemunculan adik tiri Ayumi, penculikan Ayumi,
kehadiran ayah Ayumi sehinggalah Hadif sedar yang Ayumi tercipta untuknya.
Happy ending..

Cerita ni tak terlalu berat. Dialog pun banyak yang membuatkan kita tersenyum dan ketawa.
Sangat sweet merasakan kasih sayang antara mereka.
Kak Lynn juga letak love quote di setiap permulaan bab.
Quote itu sangat sweet.. Ada masa nanti nak compile semua quote tu masukkan dalam blog.
Boleh ye Kak Lynn? ^_^
Antara dialog yang membuatkan saya tersenyum

Aku dah bagitahu Diana yang aku sayang dia
Habis tu Diana cakap apa?
Dia kata, dia nak goreng kubis.
Kubis?
Masa aku bagitahu dia tengah siang sayur.

Kau tahu apa rasanya jatuh cinta?
Apa?
Macam menghirup teh tarik yang panas. Lazat.

Saya suka dengan persahabatan Hadif, Fikri dan Darwis.
Walau di gosipkan gay oleh wartawan. Hahaha..
So, Kak Lynn teruskan menulis ya...
Always support u.. :)

2 comments:

  1. Aha.... Terima kasih Miza kerana sudi beri komen, dapatkan novel2 akak... Terharu.

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...