Salam.
Isnin lepas saya ke klinik untuk temujanji di klinik orthopedic.
Dari Xray, tulang saya dah bercantum sepenuhnya.
Maka saya di bolehkan untuk berjalan tanpa tongkat (crutches).
So, isnin depan berkhidmat lah saya semula kepada kerajaan.
Moga dipermudahkan segalanya.
Bagi saya agak cepat untuk saya memulakan kerja dalam masa seminggu saya
bertatih kembali. Sudah 9 bulan saya tidak berjalan menggunakan kaki sepenuhnya.
Baru seminggu nak berlatih menggunakan kaki sepenuhnya, dah di arahkan bekerja.
Apakan daya? Saya hanya lah orang bawahan yang mengikut perintah.
Beberapa masalah berlaku untuk penempatan saya.
Doktor mengarahkan saya hanya membuat kerja ringan memandangkan ligament
di kaki saya ada yang longgar.
Tetapi segelintir orang 'itu' beranggapan saya menipu.
Kononnya itu alasan saya untuk mengelakkan bekerja di wad.
Ye wad saya bekerja sangat sibuk.
Berjalan tanpa henti. Tiada masa untuk makan. Ke tandas juga tidak punya masa.
Cuti dihujung minggu jangan la bermimpi.
Dengan usia yang masih muda memang sukar ''mereka'' melepaskan saya bekerja
di unit yang saya minta.
Entah la. Tunggu sajalah isnin nanti bagaimana keputusannya.
Dengar-dengar berita, saya ditempatkan di unit yang bukan 'favourite' saya.
Di waktu petang di unit lain pulak.
Kemudian harus membuat kerja merekod.
Terkedu seketika bila mengetahui tugas-tugas saya itu.
Dan yang buruknya, itu hanya tugas sementara.
Bila kaki dah pulih harus kembali ke wad.
Saya tak tahu kaki saya ni akan pulih atau tidak.
Dengan sebelah kanan kurang 2 inci panjang dari sebelah kiri mana la nak boleh pulih.
Kenapa la kejam sangat mereka ni.
Siapa la yang nak membantu orang bawahan ni kalau bukan orang atasan yang sama kulit dengan kita.
Allah tidak akan menguji hambanya yang tidak mampu menghadapi setiap ujian dariNya.
Alhamdulillah, saya masih mempunyai suami, keluarga dan sahabat yang selalu
menyokong dan memberi semangat pada saya.
Banyak yang harus di selesaikan dalam masa seminggu ni.
Menempah uniform, membeli barang-barang keperluan kerja saya yang rosak akibat
kemalangan. Dengan transport nya. (Husband dan saya bekerja dengan masa yang berbeza)
Saya juga perlu belajar memandu kembali.
Moga semuanya berjalan lancar.
Dan berita gembira itu melegakan saya. Alhamdulillah.
Moga ada sinar nanti jika diizinkanNya.
Jumpa lagi.
Salam,
ReplyDeletesebelum ni sy ada baca di blog awk psl kes awk eksiden tu. sebenarnya sy pon eksiden dan patah femur juga. sekarang dah masuk 2 bulan lebih. tapi yg musykilnya kaki sy yg patah tu mcm panjang sebelah lebih 1cm. risau jugak. awak punya kaki dah ok ke sekarang?
wasalam.. awak dah mula jalan tanpa bantuan tongkat ke belum? Kaki saya yang patah tu pendek 1-2 cm. Kalau jalan memang nampak beza la. Kaki saya lum ok lagi. Lepas bersalin nanti nak buat ligament repair. Bila dah mula jalan, bekerja baru tau yang ligamen ada cedera jugak. Saya masa awal2 dulu tak tahu kaki pendek sebelah. Dekat nak kerja, doktor baru gtau lepas tgok xray. Kawan saya kaki yg patah lbh pnjg dr kaki sebelah lagi sebab besi yang masuk tu tak sama saiz dgn sebelah lg. Saya pulak jd pendek sebelah sebab yg pth tu hancur dlm 1-2 cm. Kiranya besi ikut saiz tulang mana yg elok je la.
ReplyDeletesejak pembedahan sy duduk atas wheelchair je sbb sy patah tgn kiri dan kaki kiri. so xleh guna crutches. kalau ikut doktor kata, minggu depan baru boleh jalan slow2. 10 minggu jugak la duduk atas wheelchair. kalau time baring dan rapatkan kaki mmg nampak la beza. tengokla nanti dah leh jalan camne. harap2 tak nampak pelik la.
ReplyDeleteinsyaAllah.. saya doakan yg terbaik untuk awak
ReplyDelete