Saya beli novel ni semasa karnival buku di Pulau Pinang tahun lepas.
Last novel penulis ni agak menarik.
So mungkin hasilnya yang lain juga menarik.
Ya, ceritanya agak menarik.
Cuma saya bosan akan penggunaan perkataan ''Iman yang comel''
Sikit-sikit nak mention yang heroinnya comel.
Heronya handsome. Owh.. no... So annoying..
Please la kenapa penulis novel kat Malaysia ni perlu nak buat watak yang cun, seksi, handsome, tampan.
Kalau ye pun nak buat yang cantik atau handsome fine. Tapi sekali cakap dah la.
Ni every chapter nak mention.
Panjang lak saya meroyan. Tapi memang itulah hakikatnya.
Mungkin orang lain tak kisah. Tapi saya kisah sebab dah kerap disajikan ngan benda ni.
Terus takde mood nak habiskan pembacaan.
Lepas tu novel ni banyak juga diceritakan hal Abang dan kak ipar heroin ni.
Sampai cerita dalam bilik pun nak mention (edisi censored la).
Terkeliru lak sapa watak utama dalam novel ni.
Dah masuk pertengahan baru diperbanyakkan watak hero, heroin.
SINOPSISMaaf la saya bukan novelis tapi olahan cerita ini dari sudut pembacaan saya.
Nurul Iman, dihalau keluar dr rumah selepas kematian ayah angkatnya oleh ibu tiri angkatnya.
Kemudian dia tinggal dengan Kak Su yang menjumpainya di stesyen bas.
Selepas di langgar oleh 'mamat 3 suku' dan membibitkan perkenalan antara Kak Su dengan Dr Razif.
3 pertemuan di antara Iman dan Arie melibatkan perlanggaran.
Arie teman baik Razif yang dah ada awek Julia kemudiannya menjadi teman baik Iman.
Razif yang mencari adik kandungnya yg diculik dahulu merasakan yg Iman adalah adik kandungnya.
Dengan bantuan Su, DNA dari Iman telah mengesahkan yang mereka adik beradik.
Then bla bla bla.. (drama air mata jejak kasih antara Iman dan familynya)
Arie melihat kecurangan Julia dan frust.
Tok wan lak sakit, buat permintaan terakhir minta Arie kahwin dengan Iman.
Dua-dua setuju. Lepas kahwin Arie belum terbuka pintu hati nak mencintai Iman.
Iman je yang terus mengorat Arie.
Sehinggalah Arie sedar yang dia mencintai Iman tapi malangnya
kepulangannya di sambut dengan fitnah dari Julia.
Then jadi la adengan tikam menikam, tembak menembak.
Kebenaran terbukti dan the end.
Juga dari pendapat saya sebagai pembaca tegar novel melayu di Malaysia yang ada citarasa tersendiri.
Boleh la nak dibaca novel ni tapi bukan untuk koleksi.
Sekian
p/s - berfikir-fikir entry ape lak esoknya T__T
Nampaknyer nie bukan masuk dalam list aku lah yek Miza :)
ReplyDeleteBanyak gak feedback mcm ko pasal perkataan Iman yang comel tu. Nampaknya bukan ko sorang jek. Hehehehe...
Ye ke Diana? ingatkan aku sorang je fikiran cmtu.
ReplyDeleterisau gak nnt penulis dia masuk saman aku.. hahahah..
ceritanya dah best dah. kalau kurangkan word yang annoying tu aku leh bagi 4 star.
word tu mmg annoying sket..sbb suke sgt prasan kan!
ReplyDeletetapi boleh la..menarik jgk citenye :)
adk w dah baca novel ni, w xsempat lagi nak selak2 novel ni. +____+
ReplyDeletecik Balqis - mmg annoying. lepas ni bc nk skip je ayat yg ada word tu..
ReplyDeletewanie Mj - baca la nnt akan rasa apa yg miza rasa :)
memang best pun novel ni;)
ReplyDelete