Saturday, March 10, 2012

Review novel : Juara Carta Cinta

Assalamualaikum..
Berjaya menghabiskan bacaan novel ini semalam.


Ini novel pertama saya baca dari hasil penulis Lynn Dayana.
Seriously sangat best. Ceritanya sangat ringan, kelakar.
Memang masuk dengan jiwa saya la.
Bahasa yang simple dan tidak skema.
Memang 'susah nak letak' bila dah mula membaca.
Saya bagi 4.2 bintang dari 5.

Sinopsis

Maya pernah bertunang dengan Adnan tetapi putus sebab Maya curang dan
bercinta dengan Haqiem. Adnan putus sebab Maya tak setia dengannya.
Haqiem pula memutuskan hubungan sebab Maya tidak jujur.
Sejak dari tu Maya tak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.
Dia menghabiskan waktu di kedai menjual cenderahati miliknya dan menulis novel.

Sehinggalah Haqiem berpindah ke sebelah kiri rumahnya.
Tetapi Maya selalu di serang oleh Mimi, cousin Haqiem yang syok dgn Haqiem.
Adnan yang dah berkahwin dengan Intan kemudiannya menjadi jiran kanan rumah Maya.
Intan pula apabila mengetahui yang Maya pernah menjadi tunangan Adnan mula membenci Maya walaupun hubungan mereka pada awalnya baik.

Kemudian muncul Haikal yang juga penulis novel thriller tapi merahsikan identitinya.
Haikal selalu mengganggu Maya.
Setelah beberapa insiden Maya memberi peluang pada Haikal untuk mengenalinya.
Kemudian semasa Maya dan Haikal piknik, Maya hampir di sambar petir.

Sejak kejadian tu Maya sentiasa mendapat bayangan wanita yang meminta pertolongan.
Maya menjadikan Haiqal tempat untuk dia meluahkan perasaan.
Haikal yang sudah jatuh hati dengan Maya telah merisik Maya dan Haqiem juga menyampaikan hasrat untuk meminang Maya.
Adnan pula kembali mengejar Maya apabila mengetahui yang isterinya tidak mampu memberikan zuriat.

Sehinggalah satu malam, Maya mimpi yang sama, dalam ketakutan beliau meminta bantuan Haiqal.
Haiqal mengajak Maya keluar minum untuk menenangkan hati dan mendengar luahan perasaan Maya.
Kemudiannya Haiqal menumpang solat dan ke tandas di rumah Maya.
Haqiem yang nampak Haikal keluar dari rumah Maya mula memikirkan perkara yang negatif.
Haqiem menceritakan kepada ibu dan ayah Maya.
Ayah Maya terus membuat keputusan untuk Maya dan Haikal berkahwin segera.
Walau Maya pada awalnya bencikan Haikal sebab terpaksa kahwin sewaktu dia belum bersedia tetapi akhirnya redha dengan takdirnya.

Bayangan yang sering datang mengganggu Maya rupanya dari roh-roh.
Seorang lelaki yg membunuh wanita-wanita dan menyimpan mayat mereka di bawah tanah rumahnya.
Dari petunjuk yang Maya dapat, Haikal membantu pihak polis untuk mengesan pembunuh dan mayat itu.
Adnan kembali kepada isterinya setelah di'sound' oleh ayah Maya.
Haqiem belajar untuk menerima Mimi.
Maya dan Haikal bahagia.

Sebenarnya banyak lagi watak-watak sampingan dalam novel ni.
Tapi saya ringkas kan pada mana yang penting je la.
Ni pun dah rasa panjang sangat menaip.
Lenguh dah jari..
Jom nak start membaca novel baru lak {+_+}

Wassalam

6 comments:

  1. Sunnguh tabah, Miza menaip begitu panjang ya.. Bila baca, saya pulak rasa...pergh complicated hidup Maya. Hehe... tqvm ya.

    ReplyDelete
  2. Hakhak... Miza sgt xcited nk menaip rumusan novel kak ni.. hehehe... :)

    ReplyDelete
  3. saya baru jer beli novel ni kat kl sentral..agak sempoi jer tulisan penulis ni..baru setengah jer...

    ReplyDelete
  4. SAYANG CIK LIEZA - cepat habiskan bacaan dan dapatkan buku2 lain dr penulis ni. memang di jamin tak mengecewakan

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...