Review novel : Merahnya Ceri
Jom review novel ini pula.Dibeli lama dah. Tapi tunggu turn tu yg baru sempat baca. Buku ni memang susah nak letak di awal pembacaan.Lepas separuh bacaan dah macam lemau.Entah la kenapa. Mungkin sebab heroinnya asyik down, byk masalah.Then 20% before ending baru menarik balik.Ok la untuk baca masa terluang. Boleh dibuat koleksi.Saya bagi 3.4 bintang.
Sinopsis
Aina mangsa pencerai ibu bapanya. Kurang percaya pada cinta setelah kecewa dgn cinta pertamanya, Yasser semasa di universiti.Setelah bekerja terbuka pintu hati untuk menjalin hubungan dgn Khairil.Khairil bekerja sekali dengan Aina tapi minta hubungan mereka dirahsiakan.Aina pula sering menjadi perhatian lelaki membuatkan Khairil cemburudan mereka selalu bertengkar.Dan kehadiran Aida di antara mereka memburukkan lagi keadaan.
Semasa bercuti bersama ibunya Aina berjumpa dengan Hiro, pemuda Jepun yg pernah Aina bantu di lapangan terbang satu masa dahulu.Kebetulan Hiro yg memang sudah jatuh hati pasa Aina merupakan manager di tempat kerja Aina.Hiro meminta Aina menjadi PA nya.Kemunculan Yasser mengganggu Aina.
Aina dan keluarganya ke rumah ayah dan ibu tiri untuk melawat ibu tirinya yg terlantar sakit.Kebetulan muncul Khairil bersama Aida yang merupakan adik tiri Aina.Sejak dari itu Aina memutuskan hubungan dengan Khairil.Aina menyenangi sikap Hiro dan Hiro berterus terang dengan ibu Aina untuk melamarnya.Aina menerimanya dan mereka akan berkahwin setelah selesai urusan Hiro di Jepun.
Malangnya Hiro diculik di Jepun. Aina yang sedih meletak jawatan.Yasser cuba untuk berbaik dengan Aina semula dan kebetulan ibu bapa mereka memang mengenali.Kemudian Aina bekerja di syarikat milik keluarga Yasser.Setelah setahun Hiro hilang dan Aina berkahwin dengan Yasser selepas melakukan istikharah.mereka bahagia dengan kehadiran anak mereka Yazid.Hari mereka ingin menyambut hari jadi anak mereka yang ke2, Yasser kemalangan.
Kemudian muncul..................
Sila beli novel ini untuk mengetahui kesudahan hidup Aina..:-DMaaf la ye.. Tak larat nak menaip.Banyak sangat watak dan peristiwa dalam novel ni.Ni pun dah banyak shortcut.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)