Lama tak mencoret di blog. Entry ini 'scheduled'. Di taip ahad lepas.
Weekend saja punya masa untuk update blog.
Isnin lepas (2.4.2012), saya kembali bekerja setelah genap 9 bulan saya MC.
Bekerja di tempat baru. Sebelum MC saya bekerja di wad Female Medical.
2 tahun bekerja syif pagi, petang dan malam di wad.
Berkawad sahaja semasa bekerja, menulis report, bagi ubat, injection, mengikut doktor,
menghantar pesakit xray, ultrasound, MRI, CT scan dan berbagai kerja lagi.
Kembali bekerja saya tidak dibenarkan untuk membuat kerja berat oleh Orthopedic.
Pihak atasan mengarahkna saya bekerja di Blood Taking.
Blood taking ni tempat pesakit mengambil darah sebelum appointment di klinik.
Seminggu sebelum appointment, pesakit datang la ke unit saya untuk mengambil darah.
Sepanjang saya bekerja memang tak pernah saya mengambil darah.
Semua Doktor kat wad yang buat.
Memang pernah belajar masa student dahulu tapi memang sangat tak yakin boleh buat.
Alhamdulillah, hari pertama saya di unit tu berjaya la juga mengambil darah.
Walau bukan semua saya berjaya ambil tapi sangat lega saya masih belum lupa
tekniknya. Walau ada tersalah masuk container T__T
Dan saya juga ditugaskan mengendaikan klinik saringan kesihatan untuk pekerja.
At first,saya blur nak pick up all the thing I need to do.
Sangat banyak benda yang saya kena buat sebelum jumaat sebab klinik akan bermula
jumaat minggu itu jugak.
Saya sangat tension pada awal minggu pertama ni.
Saya rasakan saya tak mampu nak buat segalanya.
Hanya saya seorang yang bertanggungjawab atas tugas ni.
Seriously saya sangat lega bila ada yang membantu.
Hubby juga tidak putus-putus memberikan semangat dan sedia mendengar luahan perasaan saya.
Malah turut membantu saya dalam penyimpanan data.
Alhamdulillah ^__^
Habis kerja balik rumah sangat letih. Hari pertama gigih memasak konon nak rai hubby
yang naik pangkat. Akibatnya bengkak kakiku.
Hubby pesan, lepas ni tak payah masak dah. Jangan paksa diri.
Baju pun membukit je tak lipat.
Laptop pun tak sentuh. Weekend baru la pulun melipat dan mengemas rumah.
Nasib la hubby ringan tulang nak membantu, memahami keletihan isterinya dan tak banyak songeh.
Bekerja syif dan normal sama banyak letihnya. Masing-masing ada pro and con.
Syif wakru bekerja lebih singkat, cuti hanya sekali seminggu.
Kerja syif pagi (7a.m - 2 p.m), petang (2 p.m - 9 p.m) dan malam (9 p.m - 7 a.m)
Sangat susah nak bercuti on weekend. Perlu bekerja hari raya T____T
Selalu miss kenduri kawan - kawan.
Mudah nak selesaikan urusan. Kerja pagi, petang boleh ke bank atau tempat-tempat lain.
Bekerja normal (8 pagi - 5 petang) cuti on weekend. Kenduri leh pergi.
Tak perlu kerja malam. Waktu bekerja lama.
Perlu mengambil cuti untuk selesaikan urusan di waktu pejabat.
Boleh cuti hari raya ^__^
Itu lah rumusan saya bekerja di minggu pertama.
Hari pertama bekerja :) |
No comments:
Post a Comment
Thanks :)