Friday, April 27, 2012

Review novel : Bawah Pokok Sena


Salam dan hai..
Novel ni memerlukan suasana yang tenang untuk membaca supaya dapat menghayati
keindahan suasana di dalamnya.
Saya tertarik dengan suasana di Norway, terasa seperti berada di sana
dan tidak sabar untuk terbang kesana. Sangat indah apa yang saya bayangkan.

Cerita yang ringan, tidak memerlukan pemikiran yang mendalam.
Bagi saya sesuai sebagai bacaan santai bukan untuk koleksi.
Watak di dalam novel lain dari kebiasaan.
Jurugambar bebas bersama pemuzik jalanan.

Sinopsis

Lili bercerai dengan Harith setelah 3 tahun berkahwin.
Mereka dahulunya berkawan baik kemudian diminta berkahwin oleh keluarga
bagi menyelamatkan perniagaan.
Harith kemudiannya berkahwin dengan kekasih lamanya Suraya.
Lili pula yang memang jatuh cinta pada Harith membawa diri sendiri.

Di Central market ketika menangkap gambat, dia berkenalan dengan Gibran, pemuzik jalanan.
Gibran lama kelamaan menyukai Lili tetapi Lili telah menutup pintu hatinya
setelah kecewa dengan Harith.
Suraya mengandung dan meminta Lily menjadi penjaga anaknya, Puteri Diyana
sebab Suraya menghidah kanser stage IV.

Setelah Suraya selamat bersalin, Lily banyak menghabiskan masa di hospital
dan Gibran di ketepikan. Gibran terasa makin jauh lalu dia pulang ke pangkuan keluarganya.
Selepas kematian Suraya, Lily menjaga Puteri Diyana dan Harith mula menyukai Lily.
Lily kemudian sedar yang dia kehilangan Gibran lalu ke Norway atas pelawaan Gibran.


Harith kembali berusaha mendapat perhatian Lily semula manakala Lily meminta
Gibran menerima Puteri Diyana dan Harith dalam hidupnya.
Siapa yang menjadi pilihan Lily?

Semakin lama jarak review novel. Atas sebab kelambatan saya menghabiskan
pembacaan dan kekangan masa untuk mencoret di sini. =_=
Thanks kerana masih sudi menjengah dan tidak lupa menghantar komen :)

1 comment:

  1. salam..nice blog...sy pun suka bc novel... hope dpt follow blog sy..http://arezie86.blogspot.com

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...