Thursday, April 19, 2012

Sofa Berhantu

Salam
Masih ingat entry INI? entry di mana saya story membeli sofa baru.
Sudah 3 bulan sofa ni 'berkhidmat' kepada saya dan suami..
Hahaha.. berkhidmat.. Ye la kot.. Tengok tv, makan, lelap mata semua di sini.
Padahal ada je meja makan nak duduk makan tapi berkenan sungguh nak makan depan tv.
Ada je bilik tidur tapi manjang terlelap disini.

Saya dan hubby gelarkan ''sofa berhantu'' sebab setiap kali duduk kat sofa ni
sure mata mengantuk. Dah mengantuk masuk bilik nak tidur mata celik la plak.
Paksa nak tidur memang tak boleh. Dah tak boleh tidur g la tengok tv.
Dah sofa ni depan tv, kena la duduk atas sofa ni kan.
Then mata mengantuk balik.
Memang padan benar la di gelar ''sofa berhantu'' (*_*)/


Bantal purple recycle dari kegunaan masa kahwin last year

2 pendapat:

puan azie said...

tgk title mcm scary jer huhu

Shakina Farhan said...

sebab lembut & empuk sgt la tu..hehe..baru beli sofa gak..tp baru 3 hari pakai..:P

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...