Saturday, May 5, 2012

Kesabaranku ada hadnya!

Salam..
Nak luah perasaan di sini.
Sejak saya dah kerja ni ramai la yang ambil berat pasal saya.
Alhamdulillah, bersyukur sangat walaupun saya tidak kenal rapat dengan mereka
tapi kalau terserempak dalam bangunan ni memang berhenti tanya kesihatan saya.
Tidak kurang juga yang nak mengambil kesempatan.
Bukan la ramai yang nak mengambil kesempatan, seorang je pun tapi seorang ni
cukup menyesakkan kepala saya.

Starting dengan bertanya supplement apa yang saya makan untuk tulang.
Then perkenalkan produk mereka.
Bila saya menolak dengan alasan masalah kewangan bermacam tohmahan yang saya
dengar. Itu belum lagi paksaan dan kata-kata sinis. Contohnya :-

X : U try la makan ubat ni. Sangat bagus.

Saya : Nanti balik saya bincang dengan suami dulu.

X : Tak payah tanya suami, dia mesti tak bagi sebab mahal. U kerja, ada gaji, pakai gaji U la bayar. Suami U nak cari perempuan lain sebab tu dia tak bagi U makan ini ubat........

Astaghfirullah. Mengucap panjang saya dengar statement bangang dia tu.
Saya pun baru je kenal dia beberapa minggu dan dia tak pernah tau siapa  suami saya.
Bila cerita kat husband, memang marah la dia. Antara perbualan lain yang buat saya marah.

Salesgirl : U kalau tak makan ubat ni U boleh mati!

Astaghfirullah, sekali lagi saya mengucap. Dah macam tuhan lak dia tu boleh agak hidup mati
orang. Boleh dikatakan setiap 2 atau 3 hari dia akan datang ke unit saya.
Dan setiap kali itu lah saya kena mengadap kata-kata sinis dia.
''Saya ni berkira la, kedekut la, tak fikir pasal kesihatan la, tak sayang diri sendiri la.''

Apa yang saya boleh buat adalah mengelak dari bertembung dengan dia tapi
sampai bila saya boleh mengelak?
Tempat kerja saya ni kecik je, pusing-pusing jumpa muka yang sama juga.
Ringan mulut saya ni nak je kata :-

''haiya perempuan, paham la bahasa sikit, orang dah kata tak nak, tak nak la. Tak yah nak paksa - paksa ambil barang kau tu. Sekali lagi U kacau I report orang atas''
Tapi memikirkan hubungan dia dengan orang yang saya hormat di situ
dan perbezaan usia saya dan dia, saya hanya mampu bersabar.
Alhamdulillah masih ada yang memahami saya.
Yang menyuruh saya bersabar tak pun membantu saya melarikan diri dari  X.

Moga kesabaran saya masih menebal dan kuat.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...