Friday, May 11, 2012

Nasi Lemuni

Salam..
Semalam seharian bekerja asyik menguap je. Kemengantukan sangat.
Ini semua gara-gara KUCH KUCH HOTA HAI.. Muahahahaaha
Padan muka. Sapa suruh berjaga malam tengok.

Erk.. Apa kaitan dengan tajuk entry ni?
Masa makan tengah hari, makan nasi lemuni. Terfikir nak buat entry pasal ni.
Tak tahu kenapa. Mungkin sebab nasi ni sudah hampir pupus. T___T
Pandai - pandai je cakap hampir pupus ye. Sebabnya saya dah lama tak jumpa
mana-mana kedai atau gerai yang menjual nasi ni.
Ini pun beli dari teman sekerja. Mungkin susah nak jumpa bahan asasnya kot.

Cerita kat hubby, dia pun tak pernah dengar Nasi Lemuni atau juga dikenali Nasi Ulam.
Erk.. nasi ni sangat sedap dan bagus untuk kesihatan. Memang rugi la kalau tak pernah
memakannya. Zaman kecil dulu mak  selalu masakkan nasi ni.
Siap pecah telur lagi. Memang sedap la bila senduk nasi dapat telur.
Arwah tok ada tanam Daun Lemuni. Tu yang macam jadi makanan ruji.
Sekarang bila cakap kat mak nak makan, mak mesti jawab yang tak jumpa daun lemuni.
Daun lemuni ada dua jenis. Hijau dan hitam.

Ni la daun lemuni
Nasi lemuni ni masak macam nasi lemak jugak.
Makan pun lauk macam nasi lemak. Sambal tumis + ikan bilis + telur rebus.
(meleleh air liur masa menaip ni)
Nasi lemuni bagus untuk wanita yang berpantang.
Daun dan akar boleh guna untuk merawat athritis, kanser payudara dan lain-lain lagi.
Ini antara gambar Nasi Lemuni yang saya jumpa di Google.


Kalau la rumah saya atas tanah, nak tanam la pokok ni   Y(*_^)/

1 pendapat:

Miss AnisSensuous said...

Saya dah rasa nasi lemuni ni :) Sedap :) Tapi macam susah je nak cari pokok lemuni kat tempat saya ni..

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...