Musim cuti sekolah sudah bermula maka banyak la jemputan kahwin yang harus saya dan suami harus hadiri tapi memang cuti sekolah ni kami tidak free sebab terikat dengan majlis family sendiri. Saya memohon ampun dan maaf pada teman-teman yang saya tidak dapat menghadiri majlis mereka. Especially majlis my best friend. sedih sangat tak dapat attend wedding dia. Dah la masa dia bertunang pun saya tak dapat hadir. T_____T
Pada rakan-rakan yang akan menamatkan zaman bujang saya ucapkan ''Selamat Pengantin baru, Moga bahagia sampai syurga''.. Harusla bersiap sedia untuk dugaan dan persiapan selepas berkahwin pula. Kehidupan baru sebagai suami isteri dan telah masuk ke keluarga baru, FIL. Saya masa mula-mula decide nak kahwin pening fikir hal tempat tinggal. Ye la, dah kahwin kan, takkan nak semak diri di rumah family sendiri atau FIL.
Kebetulan BIL saya berpindah ke KL, so rumahnya kosong. Saya dan suami decide untuk menyewa pada BIL. Alhamdulillah rumahnya sudah siap sedia segala barang asas dari televisyen, Peti sejuk, Microwave, Katil, Washing Machine, peralatan dapur, Meja makan. Cuma sofa je tak de. Peralatan semua milik BIL dan juga hubby.
Kepada kawan-kawan yang melangkah ke alam perkahwinan perkara pertama yang harus di fikirkan samaada nak pindah rumah lain atau tinggal bersama keluarga. Masing-masing ada pro dan kontra nya. Saya tak nak huraikan isu ini.
Bila pindah rumah kena la fikir perabot asas yang wajib ada dalam rumah. Memang banyak duit akan keluar. Sewa rumah saja semestinya nak deposit 2 atau 3 bulan. Kalau rumah sendiri bagus la. Kemudian perabot asas tu kalau dapat hadiah dari wedding memang la sangat membantu. Tapi tak kan ada yang nak bagi Peti sejuk? Set bilik tidur? Washing Machine? Unless kita dah letak dalam kad undangan request hadiah.
Sound crazy tapi saya pernah menonton dan membaca di mana kad undangan perkahwinan, tetamu harus membeli hadiah di kedai yang mereka pilih. Kiranya di kedai itu dah ada site kelengkapan rumah dan setiap tetamu beli satu. Tak de la pengantin dapat hadiah yang sama kan? Tapi tetamu mampu ke? Orang dah datang majlis pun dah besar rahmat.
Maka, Bincangla sebaik-baiknya dengan pasangan anda. Bagi saya, saya lebih suka tinggal berasingan dari keluarga. Apabila dah berkahwin kita dalam peringkat pengenalan dengan suami. Baru nak ketahui baik buruk pasangan sepenuhnya. Kalau wujud orang lain dalam dunia kita macam banyak berlakon je. Nak bergaduh, bermanja dengan pasangan juga harus ada limit.
Lepas tu nak ke beli lauk je manjang sebab tak de dapur gas dan peti sejuk untuk menyimpan bahan basah. Nak ke basuh baju dengan tangan sebab tak de washing machine? Nak ke tidur atas lantai berlapikkan comforter sebab tak de katil? Nak ke kebosanan dalam rumah sebab tak de televisyen? Bagi saya, saya memang tak nak.
katil idaman |
No comments:
Post a Comment
Thanks :)