Tuesday, May 22, 2012

Restoran Aur Gading

Salam dan hai..
Lama dah rasanya tak review tempat makan best.
Kali ni nak review Restoran Aur Gading di Sungai Dua.

sumber SINI
Menu yang popular di sini adalah Mee Udang tapi jujur nak beritahu saya belum pernah mencuba menu itu. Sebabnya saya bukan lah penggemar mee.

sumber SINI
Yang saya dan suami selalu cuba adalah seafood yang boleh pilih sendiri bahan mentahnya. Contohnya ada ketam, udang, sotong, siput dan macam-macam lagi.


Menu favourite kami suami isteri adalah sup ketam. Memang sedap dan puas hati.
Side order adalah sotong goreng tepung atau pun udang goreng kunyit atau kerang bakar atau siput masak pedas. Semuanya terbaik. Tapi xde la nk order semua tu. Kopak nak membayar dan membazir.

Antara yang ada di sini
  • ada bilik air cond
  • ada tempat duduk untuk menikmati pemandangan di tepi sungai
  • Parking senang
  • tandas, surau, babyseat di sediakan
  • ada tv, xde astro
  • makanan sedap. Harga ikut pasaran semasa. Quite mahal tapi reasonable
  • makanan cepat je sampai
  • Dibuka dari tengah hari sampai tengah malam. Malam agak pack.
Banyak pilihan makanan di sini. Tempat duduk juga banyak. Sesuai untuk jamuan makan keluarga besar.

( GPS N 5 25.95 E 100 25.878)

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...