Tuesday, June 19, 2012

Anosmia

Salam..
Dari kemalangan yang berlaku pada saya tahun lepas saya telah mengalami anosmia. Anosmia ialah hilang deria bau secara total. Dengan hilangnya deria bau, saya juga tak dapat merasa makanan. Hampir sebulan selepas kemalangan baru saya sedar saya anosmia. Itu pun setelah jiran tanya apa yang di masak mak, bau sedap sangat? Then terfikir, ''eh, nape aku tak bau apa pun''. Hubby pun test dengan bawa sebiji durian depan saya dan saya langsung tak boleh bau. T____T

Masa appointment dengan doktor neurosurgery saya mention pasal ini dan saya dirujuk kepada ENT (Ear, Nose Throat). First appointment dengan ENT hidung saya di masukkan kamera. Jangan tanya sakit atau tak sebab memang seksa. Mengalir air mata masa prosedur dijalankan. Dari situ dapat detect yang hidung saya senget sebelah. Saya di beri steroid nasal spray dan juga air garam. Kena tembak masuk dalam hidung pakai syringe. Ini bagi merangsang semula deria bau saya.


Penggunaan steroid nasal spray menyebabkan saya di larang untuk pregnant. Risiko keguguran dan kecacatan janin sangat la tinggi. So, makan hati je la tengok dan baca kisah kawan-kawan yang pregnant. Hampir sebulan saya stop guna spray ni sebab nak pregnant T_T

Steroid akan tamat tempoh penggunaannya Oktober ini dan hasilnya dari anosmia saya kini Hiposmia. Hiposmia ialah keadaan seseorang masih boleh menghidu tetapi berdasarkan sumber bau yang kuat seperti durian. Tapi haram tak bau pun durian depan mata. Yang saya leh bau belacan! Sangat la susah nak memasak bila anosmia ni. Tak tau bila yang di tumis tu dah wangi. Lauk dah cukup garam atau tak pun tak tau. Saya agak-agak je. Hubby pun paham kekurangan wife dia ni.

Sekian sahaja bebelan saya untuk hari ini ^_~

4 comments:

  1. kesiannya you T_T Semoga u dapat semboh spt sedia kala

    ReplyDelete
  2. ooooo..thank for the info...mmg seksa prosedur ENT tu, adik saya accident dulu nangis jugak...saya yg tengok pon geram..huhuhuh thanks for hte info!!!:D

    ReplyDelete
  3. Wani - ya.. hope so.. Tapi dah redho je skrg ni T_T

    Qyla - welcome dear.. :)

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...