Monday, June 18, 2012

Breast Feeding

Salam..
Minggu lepas saya ada menghadiri kursus tentang breast feeding (BF). So nak share ilmu di sini. Saya highlight kan mana yang penting je.

  • Harus mulakan BF A.S.A.P dan diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun.
  • Untuk 6 bulan pertama, bayi hanya di beri susu ibu. Air masak TIDAK DIBENARKAN
  • Makanan pelengkap bayi di mulakan setelah bayi berusia 7 bulan.
  • 1 - 7 August minggu BF sedunia
  • Selepas baby BF one side of breast, another side kena perah dan simpan.
  • Make sure baby hisap di areola not nipple, kalau tak nipple merekah.
  • Penggunaan pump yang speed kuat juga boleh menyebabkan nipple merekah.
  • Sapu susu ibu selepas BF, susu bertindak sebagai moisturizar.
  • Letak hot towel atas breast bagi mengurangkan sakit.
  • Jangan guna sabun, lotion pada nipple dan breast.

Hospital sekarang melancarkan kempen ''Hospital Rakan Bayi'' iaitu ibu yang bersalin hanyalah memberi bayinya susu ibu SAHAJA melainkan kes-kes yang tak dapat di elakkan. Antaranya menggalakkan ''skin to skin'' iaitu sebaik sahaja bayi di lahirkan, bayi diletakkan terus di atas badan ibu. Antara kelebihannya

  • Dapat tenangkan baby dan stabilkan denyutan jantung dan pernafasan baby.
  • Memanaskan baby melalui kehangatan badan ibu.
  • Bantu stabilkan glukos dalam darah.
  • Membolehkan usus bayi di kolonisasikan oleh bakteria normal di badan ibu.
Cara perah susu dan kaedah penyimpanannya. Saya ceritakan secara ringkas sebab info pasal ni dah banyak di internet.

  • Tuam panas breast selama 3-5 minit sebelum perah. Tenangkan fikiran, bayangkan wajah baby supaya hormon oxytoxin lebih banyak produce.
  • Simpan susu dalam bekas yang bersih, tertutup dan dilabel tarikh dan masa di perah.
  • Guna susu yang di perah lebih awal. 
  • Jangan campur dengan susu yang di perah pada tarikh dan waktu yang lain.

Storage

  • Peti sejuk 2 pintu - susu di bahagian freezer tahan 3 bulan
  • Peti sejuk 1 pintu - susu di bahagian freezer tahan 2 minggu
  • Jika di simpan bahagian cooler tahan 1 minggu
  • Suhu bilik tahan 4 jam
  • Bilik yang aircond tahan 8 jam
  • Jika susu yang di bekukan, kuar dari freezer letak bahagian bawah peti sejuk semalaman. Ini boleh di gunakan selama 24 jam.
  • Susu yang telah di panaskan boleh digunakan dalam masa 1 jam dan tak boleh di simpan balik dalam fridge.
  • Jangan panaskan susu menggunakan microwave atau dapur.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...