Monday, June 11, 2012

Blood group dan rhesus

Salam..
Di entry yang lepas saya ada mention yang ayah saya akan admit di IJN untuk operation bypass. Dari date yang Doktor bagi, kena admit pada 10.6.2012 dan operation akan di jalan kan pada 14.6.2012. Ahad lepas (10.6.2012)  hubby dan adik saya dah hantar mak ayah saya ke IJN. Pagi tadi mak saya call, katanya kena standby darah untuk ayah masa operation nanti. In case bleeding ++ memang ayah perlukan blood transfusion.


Masalahnya, (yang saya baru tahu) ayah saya blood group O-ve. O adalah kumpulan darah dan -ve ialah rhesus darah. Darah O memang la susah nak dapat sebabnya blood group O hanya menerima darah dari group O tapi tak de la mustahil nak dapat. Bila dah rhesus -ve ni memang la sangat susah nak dapat. Majoriti rhesus darah adalah +ve. Kalau someone yang O+ve nak derma kepada O-ve memang tak boleh. Kalau transfuse jugak si penerima boleh meninggal.

Nak paham lebih lanjut, boleh la semak jadual ni. Saya tak pandai nak taip dalam bahasa mudah.

Saya adalah B+ve. Setahu saya, adik lelaki saya yang ketiga memang O-ve. Tapi dia di Johor. Tak kan nak minta dia ke IJN. Then adik lelaki saya yang ke dua datang cek darah dia. In case dia sama group ngan ayah leh la dia je yang stand by. Malangnya darah dia B-ve. Semakin bertambah pening saya.  Abang ayah saya juga O-ve tetapi IJN tak nak terima darah dari nya sebabnya dah umur 60 tahun.

Tinggal adik bongsu saya sahaja yang belum check. Ingatkan nak check la bila dia balik dari sekolah. Then mak call inform yang operation di percepatkan. So esok 12.6.2012 ayah akan operate. Apa status darah yang saya serabut fikir tu. Mak cakap IJN ada stok darah O-ve. In case ayah perlukan darah, IJN akan guna darah tu. Sebaiknya ahli keluarga yang O-ve ke IJN untuk donate blood sebagai ganti. Tapi ye lah darah susah nak jumpa. Bila dah ada pesakit yang group darah camtu, anak-anak mesti mewarisi group darah tu kan. So bekalan darah IJN berganti la.

Maka hari ni baru saya tahu yang family saya ada rhesus -ve. Nasib la saya ni rhesus +ve. Kalau tak mesti masalah masa nak melahirkan anak nanti. T_T

InsyaAllah rabu nanti baru saya akan ke IJN dengan hubby dan adik-adik. Nak pergi esok, hubby kerja. Saya memang tak berani nak drive jauh, Adik pun belum pernah drive jauh. So adik bongsu saya kena ponteng sekolah.

Kepada yang membaca entry ini saya minta supaya mendoakan pembedahan ayah saya berjaya, berjalan lancar dan ayah akan kembali sihat seperti sedia kala. Amin

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...