Sunday, July 1, 2012

1 tahun 6 bulan



Salam..
Alhamdulillah. Sudah setahun 6 bulan kami di satukan. Bersamaan dengan 18 bulan..
Mungkin orang lain cakap, itu pun nak mention dalam blog. Huhu.. Blog aku, aku punya suka la.. Haahahahah (gelak jahat) Tak de lah.. Setelah menjangkau 6 tahun ++ kami berkawan, perasaan sangat indah apabila sudah di satukan walaupun belum dikurniakan zuriat. Kami percaya, Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk kami.

Kami tak pernah menyambut monthsary. Kadang-kadang terlupa. Ngeee T_T Sama la juga macam hari ini. Hubby memang lupa la. Dia cuma ingat birthday, anniversary je. Saya la yang mengingat segala benda yang remeh temeh ni. Apa yang kami buat hari ini? Gerak balik dari kampung PIL, pergi kenduri dan hantar servis handphone saya.

Sepanjang 18 bulan bernikah, kami makin mengenali di antara satu sama lain. Walaupun baru-baru ini kami diduga seperti yang saya cerita di entry lepas. Dugaan itu sedikit sebanyak menyebabkan kami kerap bertikam lidah. Tapi Alhamdulillah, setelah berubat, hubungan kami kembali seperti biasa.

Moga hubungan kami terus di rahmatiNya. Amiin

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...