Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan bakal tiba

Salam..
InsyaAllah hari sabtu ni umat Islam akan berpuasa. Pertama kali saya dan suami berpuasa sebagai suami isteri walaupun ini tahun ke dua kami berkahwin. Tahun lepas sebulan berpuasa di rumah keluarga saya, Saya baru sebulan kemalangan masa tu. Memang tak menjalankan tugas sebagai isteri pun. Baik bersahur dan berbuka. Tarawikh pun tak dapat. InsyaAllah tahun ini nak tebus balik apa yang tak dapat buat tahun lepas. Nak bersahur, berbuka dan bertarawikh bersama suami.

Banyak yang saya risaukan. Dengan puasanya, kerjanya dari 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Mujur klinik di batalkan sepanjang bulan puasa ni. Selama ni bila puasa saya kerja syif. Dari 7 pagi hingga 2 petang. Banyak la masa rehat di rumah. Tak pun 2 petang hingga 9 malam. Waktu berpuasa semasa kerja pendek sedikit, tak pun kerja malam, 9 malam hingga 7 pagi. Balik kerja banyak tidur dari buat aktiviti. Dan masa itu saya belum berkahwin. Tak payah masak, membeli juadah. Tolong hidang dan bancuh air je.

Moga Allah permudahkan urusan saya buat Ramadhan kali ini. Moga dapat sempurnakan puasa selama sebulan. Sesungguhnya Ramadhan kali ini amat bermakna buat kami suami isteri. InsyaAllah

1 comment:

  1. new experience la kali ni ehh..
    moga ramadhan kali ni lebih baik dari yg sebelum2nya

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...