Monday, July 23, 2012

Review novel : Jauh Kau Pergi

Salam..
Hujung minggu yang lalu berjaya habiskan pembacaan novel Kak Dhiya yang ni. Dah bulan puasa, xde pe nak buat, khatam la. Cerita pun makin best. Memang tak sabar nak menyelak muka seterusnya. Pendapat saya novel kali ni memang complicated. Tabik pada kak Dhiya yang mampu olah story macam ni. Memang luas pemikirannya. Apa pun hasil kali ni seperti hasil yang lepas, tidak mengecewakan. Rasanya ini yang terbaik setakat ni.


Sinopsis

Afi tinggal bersama abangnya yang juga kembarnya Nazmi setelah kematian ibu bapa mereka. Nazmi meninggal dunia semasa menjalankan tugas sebagai komando. Sejak dari itu Afi di jaga oleh teman baik abangnya seramai 4 orang. Sehingga Afi terpaksa berkahwin dengan teman abangnya Rif apabila Afi sentiasa di ekori dan hampir di bunuh. Apabila Afi di masukkan di hospital akibat cubaan membunuh dan Rif sedar siapa yang cuba membunuh Afi maka rahsia semakin terbongkar dengan pertemuannya bersama Cooper yang bekerja bersama Tengku Azhar. Cooper di arahkan untuk membunuh Afi kerana maklumat yang mereka percaya ada bersama Afi. Siapakah Cooper? Apakah maksud nota yang Nazmi tinggalkan untuk Afi? Bagaimanakah perasaan Afi apabila mengetahui yang Rif mengahwininya atas tugas dan siapakah Nadia? Apakh kesudahan hubungan mereka berdua? Bagaimana nasib tengku Azhar?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...