Saturday, August 25, 2012

Aidilfitri 2012

Salam..
Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Blog berabuk, langsung tiada masaa nak jengah, apatah lagi nak update. Baru berkesempatan. Itu pun sebab hubby kerja dan saya terperap di rumah tanpa dapat menghadirkan diri ke mana2 open house walaupun jemputan berderet.

Kisahnya Aidilfitri tahun ni di kampung suami setelah tahun lepas di rumah saya. 3 hari 2 malam di rumah FIL, turut serta dalam persiapan dan 1 Syawal tengah hari gerak pulang ke rumah keluarga saya. Bermalam di sana dan kembali ke rumah FIL raya ke 2 dan ke 3. Saya memang sibuk di jalan raya sepanjang Aidilfitri ini. FIL sedia homemade laksa beras + nasi ayam. Saya tak masakk juadah itu. Sekadar siang, potong sahaja. Tak banyak pun kerja yang saya buat T_T

Then ke rumah saudara dan kawan hubby before gerak balik rumah family saya. Every year ayah saya buat open house. Juadah seperti tahun-tahun sebelum ni. Laksa, rendang ayam, gulai ikan talang, sambal belacan, ulam-ulaman dan roti benggali. Tak kenal juadah ni sila google. Ngeeee.. Tengah malam baru selesai semuanya dan saya adalah orang pertama yang tidur. Sangat letih dan kaki sangat sakit.

2 Syawal - Bertandang ke rumah saudara saya sekaligus menjemput ke walimah adik saya bulan hadapan. Tak semua rumah saudara saya pergi sebab hubby perlu attend open house schoolmate di kampung FIL. Attend open house dari lepas Isyak hinggalah tengah malam. Menu memang macam-macam. Dari kambing grill, spagheti bolognese, spagethi alfredo, nasi ayam, bihun sup, mashmallow, salad, strawberry chocolate dan banyak lagi. Malangnya saya langsung tak de selera nak makan kecuali ratah salad buah sahaja. Then ke rumah FIL tidur sana.

3 Syawal - Menghadiri wedding kekawan hubby dari tgh hari hingga ke petang. Then g urut kaki sebagai reward untuk diri sendiri. ~_~ Balik rumah tertidur keletihan dan esok pagi perlu kerja T_T

4,5,6 Syawal - Bekerja seperti biasa. Masuk kul 8 pagi balik kul 5 petang. Sempat ke rumah BFF raya ke 5 lepas balik kerja. Segan sebab ke rumah orang dekat nak Maghrib.

Sekian sahaja laporan saya untuk Aidilfitri tahun ini.. Ngeee.. Sempat bergambar bersama FIL 1st Syawal. Dengan family saya masa 2nd Syawal. Yang lelaki baju sempoi je. Malas nak letak watermark dan susun gambar segala bagai.

hubby with Syahmi Safwan
with FIL. Semua ada
Family SIL
Our
Hubby with all nephew
With Syahmi Safwan
BIL Family
With PIL
Both of us yang takde baju raya :)
My family

p/s - masih dapat duit raya ^_^

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...