Sunday, August 26, 2012

Pavlova coming~

Salam..
Before raya saya buat entry pasal teringin nak makan pavlova. 2 hari sebelum raya Pavlova yg saya order sampai tapi topping kena buat sendiri sebab saya nak bawa balik u\rumah mak keesokan harinya. Kalau dah siap hias memang tak tahan la. Maka lepas iftar tu saya, mak dan adik perempuan saya pun hias la. Bukan susah pun. Potong buag kecik-kecik tabur je atas cream tu. Saya tambah buah mana yang ada dalam rumah tu. Maka ini la hasilnya.

Messy sikit tapi lantak la. Janji nampak rupa pavlova. Habis di makan malam tu jugak. Saya order Red velvet dan Oreo cheese cake juga. Tapi tak de snap gambar pun. So saya copy dari fb tuan badan yang buat kek ni.

oreo cheese cake
red velvet
Dua-dua tak dan nak makan. Habis licin adik-adik saya makan. Nasib tak berapa teringin sangat nak makan. Memang beli untuk diorg pun. Yang penting tak membazir.Asalnya saya order yg macam gambar bawah ni tapi tak sempat buat. Maka dapat la yang macam atas tu.

Next time nak order lagi. yang oreo sedap.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...