Pertama kali pegang novel ni terdetik di hati ''kenapa cover novel ni tak menarik?'' Memang tak terasa nak beli sebab covernya. Tapi novel ni masuk dalam ''recommended list'' dan penulis nya antara favourite saya. Maka saya beli dengan harapan ''dont judge a book by its cover'' ^_^ Dan ternyata saya tidak silap. Walau cover nya saya bagi rate 0.2 bintang tapi isi dalamnya 4 bintang. Kisah kahwin paksa, hero heroin tak kenal dan kemudian jatuh cinta lepas kahwin sangat cliche dan bersepah di pasaran. Dan kelainannya terdapat anak segera yang heroin kena jaga. Ada kelainan di situ dan pemberontakan si Along serta kerenahnya berjaya memberi variasi karya ini.
Sinopsis
Indah di paksa kahwin dengan Iman oleh abang-abangnya dan kakak iparnya terutamanya Nadiah kerana inginkan ganjaran butik yang di tawarkan oleh kakak Iman jika mereka berjaya di kahwinkan. Indah yang rasa dipermainkan oleh saudara maranya nekad untuk melarikan diri semasa majlis merisik itu, tambahan pula dengan kenyataan dari sahabatnya bahawa bakal suaminya adalah duda anak 4. Dengan kata dua dari abang sulungnya, Indah terpaksa menerima lamaran Iman. Sebelum bernikah mereka telah bertemu dan tanggapan Indah terhadapa Iman berubah 100%. Iman yang memang sudah lama jatuh cinta pada Indah dan menganggap Indah sanggup berkahwin dengannya kerana ganjaran butik.
Setelah bernikah, Indah terus meninggalkan rumah keluarganya dan tinggal bersama Iman dan 4 orang 'anaknya'. Di sini Indah harus mengambil hati keempat mereka. Cuma Along yang menjadi masalah padanya. Tambahan pula Along menyimpan perasaan pada Iman. Berbagai helah Along gunakan untuk menyakiti hati Indah dan memisahkan Iman dan Indah sehinggalah satu kejadian berlaku menyebabkan dia insaf dan nekad untuk merubah.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)