Monday, August 27, 2012

Review novel : Kemilau Mentari



Novel ni menghimpun 3 novel dari Zuraidah Othman. So far ok la.. Tak boring membaca. Tiga-tiga cerita just ok. Cover masih dalam edisi 'tak menarik' bagi saya.

Kasih Seimbas Pandang

Fikah dipaksa kahwin dengan lelaki tua oleh ayahnya di sebabkan masalah hutang ayahnya. Fikah melarikan diri dari rumah dan di selamatkan oleh Aziq yang memang sukakan Fikah. Aziq menjadikan Fikah sebagai orang gaji di rumah ibunya supaya ibunya dapat mengenali Fikah dengan lebih mendalam. Aziq pula akan di jodohkan dengan Amalina oleh mak cik nya namun Aziq enggan tetapi hasutan serta fitnah dari mak cik nya membuatkan ibu Aziq nekad untuk menjodohkan mereka berdua. Di tambah pula dengan pengakuan Amalina yang tengah mengandungkan anak Aziq membuatkan Fikah yang semakin menyukai Aziq kembali semula kepada  ibu bapanya dan nekad menerima orang tua itu sebagai suami. Bagaimanakan kesudahan kisah cinta Aziq dan Fikah? Berjayakah mereka di satukan? Atau mereka di satukan bersama jodoh pilihan keluarga masing-masing?

Jangan Ada Benci

Amera dan Ameza adik beradik tiri. Amera kakak yang cemburukan Ameza tetapi Ameza tetap sabar kerana mengingatkan pesan arwah ibunya dan menghargai jasa dan layanan baik ayah tirinya kepadanya. Sehinggalah mereka meningkat dewasa perangai Amera masih belum berubah dan dia menyalahkan Ameza yang menyebabkan RAshid meninggalkannya sehari sebelum hari pertunangan mereka. Ameza yang tau akan perangai sebenar Rashid cuba untuk menyelamatkan kakak tirinya dari menjadi mangsa Rashid. Akibat dendam Amera membuat rancangan supaya Ameza sengsara dan di malukan.
Amera bercinta dengan Raziman yang berniat untuk mebalas jasa ayah Amera yang banyak membantu keluarganya dan Amera melarikan diri pada hari pernikahannya. Akibat tidak mahu keluarga menanggung malu, Ameza bersetuju untuk menjadi penggantin perempuan menggantikan kakaknya. Namun hubungan mereka tidak seperti suami isteri yang lain. Ameza masih setia pada kekasihnya Amer manakala Raziman masih menunggu kepulangan Amera. Dan mereka berjanji apabila masing-masing dapat melupakan pasangan mereka Ameza akan memakai baju merah dan Raziman akan menyanyi lagi hindi. Bagaimanakah perkembangan hubungan mereka? Adakah mereka bercerai dan kembali kepada pasangan masing-masing? Adakah Amera insaf dan kembali ke pangkuan keluarga?

Kaulah Segalanya

Fatin baru berpindah ke sekolah baru atas permintaan abangnya, Farez namun seringkali menjadi mangsa hukuman Zahir walaupun atas kesalahan yang kecil. Rupanya Zahir ingin membalas dendam kepada Fatin atas kesalahan abangnya yang menyebabkan kakaknya mengandung luar nikah. Zahir kemudiannya cuba memikat Fatin dan ingin merosakkanya seperti yang Farez lakukan. Berjayakan Zahir memperkosa Fatin? 

Maaf, novel terakhir agak pendek sinopsis yang saya taip. Jari saya sudah lenguh T_T

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...