Friday, September 21, 2012

Majlis Sambut menantu



Salam..
15/9/12 majlis sambut menantu a.k.a kenduri sebelah pihak lelaki. Alhamdulillah ramai saudara mara datang membantu. Ada yang berkampung sejak seminggu sebelum lagi. Nasib saya dapat cuti awal 2 hari walau kena masuk kerja jugak lepas solat jumaat. Sempat la bantu packing goodie bag, potong bunga rampai. Majlis pun berjalan lancar. Elok je pengantin habis potong kek angin kuat dan khemah makan beradab pengantin hampir tumbang.

Lauk pauk Alhamdulillah cukup walau ada beberapa perkara terjadi di pihak catering tapi tak nak buruk sangka. Majlis dah selesai pun. Nasib baik ayah buat back up, order extra 100 pcs ayam dari kawan dia dan mak masak gulai ikan kering yang memang sangat membantu di hujung waktu. Jemputan pun ramai yang hadir walau kawan-kawan saya berapa kerat je nampak batang hidung. Message pun tak ape pun tak. Biar lah.. Ada hikmahnya. Banyak yang saya dan suami belajar. Pada yang kerja pagi dan sanggup datang dengan uniform kerja, thanks bebanyak. Really appreciate. Pada yang tak dapat datang dan sms, call saya maklum kan tak dapat hadir juga saya ucapkan bebanyak terima kasih. Terima kasih sudi meluangkan masa inform saya. Yang lain-lain, no komen. ****************

bukti potong bunga rampai. ngeee

khemah meja beradab pengantin
VIP corner
lauk pauk
meja beradab
view dari luar khemah
lolipop untuk kanak-kanak
deejay
doorgift yg gigih DIY
tuan rumah
adik dan anak angkat mak :P
pengantin lama

my cousin and cousin's hubby

my family

 
Family kami :)
orang kuat majlis

kek fondant chocolate

cake cutting

my dad birthday cake

       

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...