Saturday, September 22, 2012

2nd antenatal check up

Salam.
Minggu lepas adalah appointment saya yang kedua. Yang first masa buka buku pink. Saya kena datang hari khamis sebab saya luar kawasan dan saya minta petang. Kalau pagi kena ambil cuti atau MC. Kalau petang leh la kerja half day. Alhamdulillah kali ni husband dapat teman walau dia tak masuk pun bilik-bilik saya jumpa nurse atau doktor.

Appointment kul 2 petang tapi 2 petang baru bergerak dari rumah mak. Sampai dekat 2.30 gak. Ambil nombor tunggu jap diorang cari buku pink copy untuk klinik then kena check urine dan Haemoglobin (Hb). Hb 12.0
Then masuk bilik check BP dan berat badan. Saya lihat penimbang dan ''sure kena berleter satgi ni''. BP ok, normal. 100/70 mmHg. Then tunggu depan bilik nurse pulak. Kali ni nye appointment jumpa nurse je, tak de jumpa doktor. Dalam buku tulis jumpa doktor masa 20 minggu nanti. Maka menunggu la dengan sabarnya kami laki bini. Orang tak ramai sangat.

Bila sampai turn saya, baring cek perut. Tekan-tekan, katnya dah rasa terbonjol. Huhu.. Ramai yang komen kata tak nampak perut. Then duduk kena interview dengan Jururawat Masyarakat (JM), alah, selera makan, susu, vitamin. Pastu dia tengok berat. ''Turun 2kg dalam 4 minggu. Bahaya ni. Kena jumpa Doktor.'' Tunggu plak depan bilik doktor. Sampai turn, doktor yang ku kenali  ^_^

Doktor : Accident tahun lepas kan? Bahagian pelvic terlibat tak?
Saya : Ar, tahun lepas, tak terlibat pelvic, Neck of Femur ja.
Doktor : Ada masalah nak bengkok kaki?
Saya : Awal2 dulu ada la. Sekarang ok dah tapi tak leh lama la bengkok.
Doktor : Tu camna nak bersalin normal ke caesar?
Saya : Kalau normal boleh ke?
Doktor : depend la. Kalau lama sakit kot kaki awak tak tahan.
Saya : (terkedu dan terdiam)
Doktor : Balik fikir la nak caesar atau normal. Masa jumpa minggu ke 20 tu bagi keputusan.
Saya : (terdiam)
Doktor : kenapa berat turun banyak.
Saya :  tak berselera langsung makan. Rasa nak muntah je.
Doktor : Kena scan ni, sebab banyak sangat turun.
Saya : (yeaaa.. scan)
Doktor : sebut IC dan Bila due?
Saya : 86xxxxxxxxxxxx EDD 8/3/13
Doktor : Ok, baby sihat. Mak je tak sihat. Ada kerap kencing? Sakit?
Saya : kerap sangat. Sakit kat suprapubic.
Doktor : mungkin UTI (urinary Tract Infection). G cek urin, satgi masuk balik k.

Ke makmal sekali lagi dan dalam 3 minit result di tangan. Confirm UTI    T_____T Masuk bilik doktor balik. Dan kena makan antibiotik. Lepas seminggu datang balik check urin, dah resolve atau kena tukar antibiotik.
Maka itulah kisah saya sepanjang temu janji kedua antenatal saya. 4.30 petang baru kuar dari hospital.


3 comments:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...