3 Ogos 2012 saya ambil cuti dengan alasan nak pergi buka buku pink. Tapi 10.30 pagi baru gerak pergi Klinik Kesihatan (KK). Konon mesti ramai orang kalau pergi awal-awal buta. Sampai kat KK dekat kul 11. Terus tanya kaunter kat mana bahagian Ibu dan Anak sementara hubby g park kereta. Nampak bidan (tudung line hijau) dan JM(tudung line purple) muda-muda tengah sembang kat kaunter dan tiada patient langsung. Antara perbualan saya dengan mereka
Saya : Saya nak buka buku pink.
JM : Rumah kat mana?
Saya : Perda
JM : Kerja mana?
Saya : Seberang Jaya
JM : Seberang Jaya tu besar. Spesific skit?
Saya : HOSPITAL SEBERANG JAYA.
JM tersebut mintak UPT result saya dan suruh ambil nombor giliran di kaunter depan. Hulur IC tunggu dekat 10 minit tak dapat nombor. Hubby pun datang join saya tunggu nombor. Datang bidan yang ada di kaunter tadi panggil saya. Masuk dalam bilik tu dia bagi 1 buku pink suruh saya isi detail kat depan tu sambil dia pun isi rekod dalam buku pendaftran. Dah selesai, dia bagi lagi satu buku pink, isi benda yang sama.
Pastu dia interview, tarikh kahwin, pernah gugur atau x, sejarah penyakit mak ayah dan saya hulur keputusan darah saya yang dah di ambil di tempat kerja saya. So saya tak perlu cek darah lagi. Timbang berat, ukur tinggi. Dia suruh saya g toilet cek urine lepas tu masuk bilik 4. Setel dengan urin saya masuk bilik 4, jumpa Staff nurse (tudung line biru). Saya diminta baring. Dia cek gigi, mata, leher, kaki, breast dan perut. Lepas tu sembang-sembang. Saya inform kes accident tahun lepas dan dia bagi nasihat bla bla bla. Katanya saya Green Tag. Mungkin ada masalah nanti nak labour. So kena rujuk pada doktor. Saya ke bilik doktor pula.
Sampai giliran saya, doktor suruh baring dan scan perut. Katanya ada satu je baby. Nanti minggu ke 20 kita scan lagi. Saya akan di rujuk ke hospital bila dah masuk 3rd trimester. Saya ke kaunter semula untuk mendapatkan tarikh temujanji akan datang. Saya request untuk appointment petang sahaja. Sebab saya malas nak ambil cuti. 12 tengah hari saya sudah balik rumah.
Itu sahaja panjang lebar cerita saya tentang pengalaman saya buka buku pink. Saya memang staff hospital tapi saya tak pernah handle pesakit yang buka buku baik sewaktu student atau dah keje. Memang saya tak tahu apa-apa. Cuma saya ada call klinik masa awal-awal tahu yang saya pregnant tanya apa yang saya perlu bawak. Katanya bawak UPT dan keputusan darah sendiri kalau boleh. Tak kisah nak ambil darah siap-siap atau ambil di KK. Kalau buat di KK mungkin masa appointment saya jd lebih panjang.
Info yang saya dapat buka buku pink sebelum kandungan 3 bulan. Tak perlu pun sijil nikah, IC, gambar segala bagai (macam yang saya baca di mana ntah). Alert dengan temujanji. Kalau temujanji selepas ni tak dapat nak hadir sila inform mereka.
congrats!!!...
ReplyDeletetake care k.. :)