Novel yang di beli atas saranan kekawan di forum. Cerita yang ringan. Tak de pening kepala nak berteka teki segala bagai. Novel yang sentiasa buat tersenyum, namun ada juga part sedih di penghujung.
Sinopsis
Aufa, anak bongsu 2 beradik tinggal bersama ibunya. Abangnya, Hakim bekerja di Sarawak manakala ayahnya Tan Sri Norman tinggal bersama isteri mudanya Puan Sri Jasmin. Aufa yang kurang kasih sayang ayah nekad mahu berkahwin bagi membahagiakan dirinya. Namun dia belum mempunyai calon dan meminta ibunya mencari calon dan dalam masa yang sama dia juga mencari calon suami di alam maya sehinggallah terjadinya blind date dengan 'Arjuna' tetapi Aufa tidak muncul kerana 'lelaki' yang dia nampak tidak menepati ciri-ciri idamannya yang mahukan suami seperti Bruno Mars.
Aufa di temukan dengan Aqil, anak kenalan rapat ibunya yang juga mahu menikah kerana merasakan dirinya telah bersedia namun Aufa merasakan Aqil terlalu menjengkelkan dan kerek. Namun mereka bersetuju jua untuk di satukan atas permintaan ibu masing-masing. Aqil tertarik dengan kelincahan Aufa. Aufa juga lega mendapat suami yang sering mengingatkannya soal agama dan menyedarkannya untuk berbaik semula dengan ayahnya.
Setiap perkahwinan ada dugaannya. Begitu juga Aufa dan Aqil. Dapatkah mereka mengatasinya?
Sebenarnya novel ni penuh dengan adengan Aufa dan Aqil mengenali hati budi masing-masing. So, bagi saya agak boring sebab dah tak de thrill. Mungkin dah biasa di sajikan dengan kisah kehidupan, rumah tangga penuh konflik. Tiba-tiba dapat bacaaan yang ringan. Terkejut skit kot. Tapi ok la. Bukan edisi menyesal beli. Boleh di baca.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)