Friday, September 28, 2012

Review Novel - Hak Cinta Terpelihara

Salam..
Beberapa hari bertangguh nak buat entry review novel ni. Malas sebenarnya. Ngeee... Ok jom bebel. Novel ni saya order direct dari penulis. Lama dah cari novel ni kat kedai buku tapi dah tak de stok. Tak de cetakan dah. Novel ni dah lama. Tahun 2006 kot kalau tak silap. Tapi dah saya baru kenal hasil tulisan penulis memang nekad nak kumpul semua koleksi. Alhamdulillah, lengkap sudah koleksi saya.

Novel ni saya memang pening pada mulanya sebab banyak sangat watak utama. Kejap Neesa, Yus, Sarah, Ain, Hairi, Qartini. Setiap watak tu pulak lain masalahnya. Memang banyak kena belek balik muka surat awal. Tapi bila dah fokus dan dah masuk pertengahan memang dah paham setiap nama dan kisah tiada masalah dah. Tak sabar pulak nak habiskan sehingga muka surat terakhir. Dalam banyak-banyak watak utama saya suka watak Qartini. Mungkin sebab ada Eric kot. Ngee..

Sinopsis

Ain, Qartini, Sarah, Yus dan Neesa bersahabat baik di USM dan berjanji  akan mempertahankan persahabatan  mereka sehingga ke akhir hayat. Ain dan Qartini masing-masing suka kan Hairi dan mereka menyatakan 'Best woman win'. Di pertengahan Qartini menarik diri demi persahabatan mereka dan meminta Hairi memilih Ain walaupun Hairi lebih sukakan Qartini.

Hairi dan Ain bercinta sehingga mereka memutuskan untuk berkahwin tetapi Ain menghilangkan diri 2 minggu sebelum majlis berlangsung. Hanya Qartini dan Hairi yang tau sebabnya tetapi Sarah yang salah paham menyalahkan Qartini atas perkara itu. Sejak dari itu persahabatn mereka terputus. Selepas 5 tahun masing-masing menerima kad undangan perkahwinan Hairi dan mereka berjumpa di majlis tersebut. Persahabatan mereka terjalin semula kecuali Sarah dan Qartini. Sarah masih menyalahkan Qartini atas apa yang berlaku. Selepas itu masing-masing kembali kepada kehidupan mereka.

Qartini dalam dilema. Eric tidak jemu mengejarnya dan dia sukakan Eric tetapi kisah lampau menghalangnya dari menerima Eric. Yus yang berubah dari tomboy kepada wanita yang jatuh cinta pada Amir yang telah beristeri. Isteri Amir pula sudi menerima Yus sebagai madu dan Yus dilema mahu menerima Amir atau tidak. Sarah berperang dengan kanser dan meninggalkan wasiat kepada temannya untuk menjaga anaknya. Neesa yang mengalami masalah rumahtangga apabila suaminya berahsia akan keluarganya.

Apakah kesudahan kisah mereka?

Di akhir novel ada diceritakan kisah anak mereka. Ada sambungan novel ni ke Kak Lynn?  ^_^

2 comments:

  1. sama. minat kita sama..
    saya dlu pernah taksub ngn qartini smpi nk namakn ank sdara ngn nama tu.. tpi cri mksud x jmpa kn.. hihi

    ReplyDelete
  2. hayati hashim - hehehe.. karakter dia perfect kan?

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...