Thursday, September 27, 2012

Terjatuh T__T

Salam dan hai..

Alhamdulillah kenyang, baru selesai lunch dan settle kerja rumah. Curi masa untuk update blog. Menu hari ni simple saja. Kangkung goreng belacan (first time buat), sambal tumis telur (lauk semalam). Hari ni hari kedua saya bercuti. Lega sangat dapat rest dan bercuti sehingga ahad. Tambahan pula saya dah mula selsema. Asyik kena hujan je minggu ni. Isnin nanti mesti malas mau kerja. huhuhu.. Cuti tahun banyak lagi. Senior lak asyik tanya tak nak cuti ke, tunggu lagi?

Actually nak story, Selasa lepas saya terjatuh, tergelincir betul-betul depan lobi hospital. Penang ni dari hari Isnin hujan tanpa henti. Kalau stop pun sejam dua je, lepas tu kembali hujan. Lantai memang licin pagi tu. Cleaner belum mop, tambahan pula kasut yang saya pakai makin haus, hujan plak lebat. Baru je turun dari kereta dan saya terus jatuh sebaik kaki pijak lantai lobi tu. Terdiam saya masa jatuh tu. Jatuh terduduk, apa yang saya fikir : saya mengandung dan kaki saya bekas patah. Saya sempat tahan guna jari kiri dan terhempap punggung sebelah kiri. Sebelah kanan yang fracture.

Ada la 3,4 datang mengelilingi saya (tapi haram tak tolong angkat saya bangun pun). Cuma tanya ok atau tak. Dan macam-macam sindiran lagi. Semua pun tak tahu saya pregnant. Perut saya belum nampak dan saya masih memakai uniform biasa. Bila dah rasa ok sikit saya terus bangun dan jalan slowly g finger print. Masa berjalan nak ke tempat saya memang rasa sengal kat punggung kiri T_T Tabah je jalan. Masuk je tempat kerja g toilet check. Lega sangat no PV bleeding.

Tengah hari tu pergi kecemasan sebab saya sakit area suprapubic, punggung dan tangan kiri. Doktor cakap nak xray pun tak boleh just boleh scan ke tengok heart beat baby. Alhamdulillah dari scan memang saya jelas nampak jantung baby berdegup dan kakinya yang kick merata-rata. ~_^



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...