Novel yang sekian lama di tunggu akhirnya terbit juga. Saya mula membaca novel ni di Forum. Masa tu tajuknya Anaz. Malangnya penulis tak sambung cerita. Memang nak tau sangat ending macam mana. Bila dah terbit novel ni memang tak sabar sangat nak beli. Hari-hari singgah kedai buku cari tapi belum sampai. Akhirnya minggu lepas jumpa gak. Terus sambar dan baca sampaikan 4 buah novel yang di beli terlebih dahulu di tolak tepi.
Masa dapat buku ni saya tertanya-tanya kenpa tajuknya ''Lazuardi''. Kot la nama sesapa ke. Dah masuk 60% novel baru tau Lazuardi tu batu cincin perkahwinan diorang. Macam tak kena je tajuk ngan kisah dalam ni. Ngeeee... (pendapat saya saje)
Saya bagi 3.8 bintang. Gaya bahasa yang santai. Tak sesak kepala nak baca. Cuma saya rasa macam endingnya agak rushing. ''Camtu je ending?'' Tak de sambungan kisah Lily lepas insaf tu, mungkin sebab dia bukan watak utama kot. Sikit je part mama Anaz lepas insaf. Banyak sangat kisah penderitaan Anaz tak muat dah kot nak elaborate lebih-lebih. Ada juga part yang baca di forum tak de dalam novel. Agak tebal jugak novel ni. Kesimpulannya karya Nasz memang berbaloi di beli.
Sinopsis
Anaz Shahirah yang di layan macam orang gaji oleh mamanya sendiri berbanding dengan layanan mama pada dua adik tirinya, Nueq dan Lily. Dia hanya ada Odie, teman baik yang juga jiran sebelah rumahnya sejak tadika. Kedatangan Ain, anak saudara ayah tiri Anaz yang mulanya nampak baik budi pekerti namun mula tunjuk belang. Di hadapan orang lain Ain sangat baik, tapi hanya Anaz yang tahu perangai sebenarnya. Odie menjauhkan diri dari Anaz sejak bercinta dengan Ain dan kehadiran Shark teman Nueq yang muda 4 tahun dari Anaz melamarnya. Namun Anaz menganggap Shark sebagai adiknya. Akibat perbuatan jahat Ain, Anaz di halau oleh mama keluar dari rumah. Anaz tiada tempat bergantung dan Shark melamarnya. Lamaran diterima apabila Anaz memikirkan dia perlu tempat bergantung. Mereka hendak mendapatkan restu mama Anaz namun sering dihalau menyebabkan mereka berkahwin tanpa restu keluarga Anaz.
Kemalangan Odie yang menyebabkan Anaz kehilangan orang yang di sayanginya dan menyedarkan Odie siapa Ain sebenarnya. Anaz meminta perpisahan dari Shark bila mengetahui siapa di sebenarnya supaya Shark dapat hidup dengan perempuan yang lebih baik darinya.
Okey, lenguh dah menaip. Endingnya..........
No comments:
Post a Comment
Thanks :)