Sunday, September 9, 2012

Review novel : Melur Bunga Ivy


Salam..
Novel Nazurah Aishah memang tidak mengecewakan. Penuh dengan emosi. Kisah kekeluargaan sangat lah mendalam. Dan semestinya penuh emosi. Penulis berjaya buat saya google nak tau macam mana rupa bunga-bunga yang di gubah. Maklum la saya tak kenal sangat bunga. T_T

Sinopsis

Azam jatuh cinta pandang pertama pada gadis yang dilihatnya sedang menunggu teksi. Dia nekad mencari identiti gadis itu. Dalam masa yang sama dia ingin memenuhi wasiat arwah adiknya yang tidak dilaksanakan sejak 7 tahun lalu iaitu mencari isteri dan zuriat arwak adiknya, Azlan.

Stephanie Ivy Gabrielle aka Durratun Khalida Azlan, balu kematian suami semasa mereka belajar di US yang di buang keluarga kerana memeluk agama Islam dan membesarkan anaknya dengan penuh dugaan. Nasibnya baik kerana di bantu oleh Aunty Celia dan anak-anaknya dan mereka sama-sama membuka kedai bunga bagi menampung kehidupan. Di Malaysia Steph ingin menjejaki kubur dan keluarga arwah suaminya tetapi dia buntu. Dengan hatapan kehadiran kedai bunganya dapat membantu niatnya itu.

Sebaik sahaja identiti wanita tersebut di ketahui Azam nekad untuk memikatnya dan tanpa di sedarinya wanita tersebut adalah adik iparnya. Berbagai cara dilakukan Azam, berhenti kerja sebagai akauntan, menjadi pemandu deliver bunga-bunga dari kedai Steph walaupun awal-awal lagi dirinya sudah di tolak. Manakala ayah Steph masih mendendami anaknya. Berbagai cara di lakukan supaya anaknya itu tidak bahagia sehingga sanggup meragut nyawa anaknya sendiri. Dan beberapa rahsia lagi terbongkar di penghujung novel ini. Dapatkah Azam menakluk hati Steph atau Stephs masih setia pada arwah Azlan?

Sebenarnya banyak lagi watak dalam novel ni. Banyak saya skip. Kisah mak Azam, anak Steph, cousin Stephs, mereka antara tulang belakang dalam novel ni. Ampunn.. Saya rate novel ni 4 bintang. Tak rugi membeli dan boleh di buat koleksi. Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...