Salam
Saya mengambil masa agak lama juga untuk menghabiskan pembacaan novel ini.
Tragedi Di Lampu Isyarat- Elee Mardiana
Rita, gadis yang survive dalam kemalangan. Sejak itu dia mendengar suara juliana yang terkorban dalam kemalangan itu yang mahukan dia menyelamatkan kembarnya. Sejak dari itu Rita mencari maklumat tentang Juliana, Johanna dan sesiapa yang ada kaitan dengan mereka sehingga dia sanggup menjual hartanya, berpindah ke Malaysia dan memeluk agama Islam. Endinya memang tak di sangka. Kisah ni bahasanya agak skema. Dah macam direct translation dari english ke BM. Tapi storynya best, buat kita tertanya-tanya.Tapi menuju ke penamat, penulis macam rushing nak habiskan.
Menari Dalam Duka - Attokz Dikulgai
Arzam Domino yang terlibat dalam dunia kongsi gelap, dadah dan pusat hiburan. Dia bekerja di bawah arahan Tuan D yang memeliharanya bersama Ghazeem dan Tria. Arzam dan Tria saling mencintai tetapi masing-masing tidak meluahkan perasaan. Ghazeem dan Tuan D juga sukakan Tria. Apibila Tria menolak cinta Ghazeem, Ghazeem jadi cemburu dan membalas dendam pada Arzam, di tambah pula dengan sifat tamak yang semakin menguasai dirinya. Semasa operasi senjata api, Arzam di pukul dan pengsan. Orang kampung telah menyelamatkannya. Di sana dia mula insaf dan mula belajar ilmu Akhirat.
Permulaan cerita ini memang tak masuk dengan jiwa saya. Banyak ''term'' kongsi gelap, dadah segala bagai. Memang saya sangat bosan. Sangat lama saya ambil untuk teruskan pembacaan. Bila Arzam dah bertaubat, cerita semakin menarik tetapi malangnya sikit sahaja part itu then terus penamat dan endingnya ntahapapa.
Dendam Bunga Dahlia - Lyn Dayana
Pembunuhan bersiri 3 manusia yang berusia 27 tahun telah menemukan kembali teman sekolah yang telah 10 tahun berpisah kerana takut mereka akan menjadi mangsa seterusnya. Mangsa pembunuhan pertama, Hani yang lagi seminggu akan melangsungkan perkhawinan. Mangsa kedua Hadi dan yang ketiga, Nurul. Selain umur mereka sama, mereka adalah teman di sekolah dahulu dan bunga Dahlia berada di sekeliling mayat mereka. Tihani, Eda dan Dania bertemu kembali setelah 10 tahun mereka berjanji tidak akan bertemu walaupun Tihani dan Dania saling bermusuhan. Mereka menyelidik siapakah yang membunuh dengan campur tangan pihak polis namun banyak yang mereka rahsiakan. Orang yang mereka syak telah lama bunuh diri. Siapakah pembunuh bersiri itu? Selamatkan nyawa mereka?
Karya Lyn Dayana memang tak pernah mengecewakan. Penyebab saya beli novel ni sebab ada karya Kak Lyn dan Kak Dhiya.
Buru Bayangan Luka - Dhiya Zafira
Azalea hampir dibunuh di rumahnya yang mempuanyai kawalan ketat tetapi dia berjaya menembak pembunuh tersebut dan terkejut melihat wajah pembunuh itu. Malangnya dia di pukul dan bergegas ke Balai polis untuk membuat laporan. Ketika polis sampai di rumahnya, mayat tersebut tiada dan polis menyangka dia mereka cerita. Adha, pegawai polis cuba untuk mempercayainya tetapi laporan perubatan Lea menyebabkan dia berfikir semula. Hanya Azira kakak Lea yang mempercayainya. Kepulangan mama dan Lea terdengar perbualan Mama dengan Uncle Badrul menyebabkan dia mencari Adha tetapi Adha tidak mempercayainya. Cubaan membunuh Lea di hadapan Adha menyebabkan Lea menceritakan semua rahsia yang di simpan. Lea mengesyaki Mama yang ingin membunuhnya di sebabkan wasiat ayahnya. Adakah telahan Lea benar?
Cinta Berdarah - Salina Salleh
Tunang Helmi telah dibunuh, dan akibat tertekan dia menjejaki pembunuh tersebut mengikut suara-suara yang dia dengar.
Maaf cakap, saya rasa sangat bingung membaca kisah ini. Sangat banyak bayangan sehinggakan saya tak tahu yang mana satu realiti. Tiba-tiba muncul zombie? Adeh.. sungguh saya pening baca kisah ni. Dan endingnya ntahapapa. Memang saya tak paham langsung. Menyesal baca. Buang masa sahaja.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)