Thursday, October 4, 2012

Stretch Marks

Salam dan selamat sejahtera  ^,^

Since tau yang saya pregnant, saya mula sapu minyak. Konon tak nak jadi stretch mark nanti. Tapi hakikatnya selulit merata-rata. Ngeeee Saya hanya menggunakan Bio-Oil yang memang ada dalam rumah ni. Beli konon nak bagi hilang parut jerawat, tapi sapu sekali dua je. Dari terbiar baik sapu je. Kot-kot la tak jadi stretchmark.. +_+



Dari pembacaan saya di blog mommy to be lain banyak minyak dan krim yang digunakan untuk hilangkan stretchmark. Antaranya minyak biji aprikot, palmers cocoa butter, pureen anti stretch marks, johnson's baby oil, olive oil dan macam-macam produk lagi. Ada yang mahal dan murah. Keberkesanan bergantung juga kepada kulit sebenarnya. Ada yang kulit jenis sensitif. Pada saya, Alhamdulillah, so far guna bio-oil tak de la gatal ke kulit pecah, merah ke.

Ada juga yang saya jumpa tips-tips untuk minimum stretch mark semasa preggy

  • Ambil makanan sihat untuk melembabkan kulit anda. Ambil vitamin prenatal dan makan makanan dengan kalori yang betul dari makanan berkhasiat iaitu yang mengandungi kalsium, protein, buah-buahan dan sayuran.
  • Minum 8 gelas air masakan atau lebih untuk menjaga kelembapan dan elastisiti kulit.
  •  Berjaga-jaga dengan peningkatan berat badan, pastikan peningkatan berat badan sewaktu hamil adalah mengikut amaun yang disyorkan.
  • Lembabkan bahagian-bahagian yang dijangka akan terjadinya stretch marks seperti di payudara, paha dan pinggul setiap pagi dan malam dengan pemakaian losen atau minyak.
  • Pengambilan diet yang tinggi protein. Protein akan merangsang komposisi kolagen kulit, dengan peningkatan kolagen ini akan mengurangkan kesan stretch marks yang ada. Pengambilan yang konsisten sudah pasti akan merubah kepada keadaan yang lebih baik.
So far, sepanjang tempoh kehamilan saya ni belum ada stretch mark tapi linea nigra dah ada samar-samar T_T Moga kulit terus seperti ni hingga selamat melaahirkan :)

2 comments:

  1. assalam ...
    sy B2B .. hehehe..
    sejak sbln ni sy dh gunakan minyak ni sblm tido ..
    mmg sy nk biasakan la guna minyak ni.. buat waktu ni sy guna kat muka & kesan parut luka je .. minyak ni x buatkan kite rimas nk pki sbb minyak ni akn kering. bgn pagi pn x terasa yg kite sbnrnye pki minyak ni .. hehe

    ReplyDelete
  2. bintanghati - ye, betul tu. bau pun wangi je

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...