Thursday, November 15, 2012

Cashout nuffnang

Salam..
Setelah bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia blogging ni, akhirnya saya berjaya cashout nuffnang saya. Muahahahah.. Macam poyo je ayat. Padahal tak de la banyak mana pun income. Ok la kan, bukan buat kerja susah pun. Up entry je pon. Lama dah nak cash out sebenarnya. Bila dah RM50 dah boleh cashout tapi rasa macam seciput je. Maka saya tunggu sehingga mencecah 3 angka. Alhamdulillah cek sudah sampai di tangan saya. Cuma belum cheque deposit je. Tu kerja hubby. Ngeee.


Sebenarnya ni kali ke dua saya cashout, pertama masa nak raya. Konon dapat duit raya la nanti tapi masalah dalam payee name ke error apa ntah. Sebulan tunggu tak sampai-sampai cek. Hantar tiket ke nuffnang lepas betulkan semua salah kena cashout sekali lagi baru dapat cek. Maka lepas 2 kali casout sampai la cek tu. Makan masa sebulan lebih gak.

InsyaAllah duit yang tu akan di gunakan untuk beli barang baby nanti =)




2 pendapat:

mis fatin said...

congrats! saya tgh tunggu bila earning nak naik nih.. (-_-")

MizA said...

mis fatin - chaiyok2.. rajin2 google cara nak bg senang dpt BE. survey kna slalu update. lokasi iklan kena betul. rjin blogwalking ye.

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...