Last week saya telah berjaya meng'shopping' barang baby uat pertama kalinya. Ngeee. Sebelum ni ada dah beli tapi online. Rasanya sesuai dah shopping barang sekarang. Tawakkal saja. Sementara tengah ada duit. Nak tunggu dekat due baru nak berjalan beli memang tak sanggup la. Dengan kuar duit selambak, pastu comfirm la letih. Ni yang perut tak besar pun dah letih bagai nak rak, nanti-nanti lagi la. Saya beli berdasarkan checklist yang saya kumpul merata-rata dari blogger mommy lain.
Saya beli barang-barang ni di Manjaku, Parit Buntar dan kedai sekitar tu. Rasa habis murah dah ni. Apply Manjaku member card, ada la beberapa barang yang dapat discount. Tak banyak pun beli. Sebab dah aim nak g PISA bulan 12 nanti. Lagipun tak tau gender lagi. Beli yang asas je. Tu pun 3,4 kali tawaf kedai nak compare harga termurah sampai hubby penat.
Yang dibeli pampers, changing mat (large) mitten, booties (2 pcs) dan Disney napkin.
Gigih
amik 8 helai napkin tu walau harga mahal (RM27.90) padahal ada je yang
murah harga 10 pcs lagi tapi napkin printed tu memang idaman.
Ada satu lagi barang idaman tak de stok dah. Kalau tak sambar gak biar pun harga mahal.
Yang best nya apply member kad dapat free gift. Saya suka barang percuma. Muahahah
Paling saya ralat dan menyesal tak beli nursing pillow. Masa tengah hari tu pergi Billion, tengok nursing pillow RM55. Murah sangat. Yang termurah saya jumpa. Tengok barisan nak bayar punya la panjang. Fikir nanti nak balik baru singgah beli. Bila petang nak gerak balik singgah manjaku. Nursing pillow My dear RM 59.90 untuk member. Lain-lain brand Bumble bee, baby love price RM 79 - 89. Ingat nak ambil yang My dear tapi macam not comfortable je. Corak pun tak de yang cantik. Hubby cakap nanti kita g Billion. Sudah nya lepas borong barang terus je balik Penang. Menyesalnye rasa. Lastnya nak bagi sedap hati. Lain kali balik kampung hubby leh g beli (sekali harga mahal padan muka). Tak pun ambik je yang My dear sebab promo harga tu hingga Disember. Lepas tu fikir lagi nak sedap hati, kot nanti kat PISA dapat yang better.
ada yang plain je. Butterfly tak de kat Manjaku |
No comments:
Post a Comment
Thanks :)