Friday, November 2, 2012

Family Holiday at Langkawi

**ENTRY INI PENUH BEBELAN DAN GAMBAR**

Salam..

Saya, hubby dan family pergi bercuti di Langkawi. Dah macam adat kot dalam my family setiap kali dapat menantu baru mesti pergi holiday dan destinasinya mesti Langkawi. Hehehe.. Asalnya nak pergi location, date lain tapi lepas beberapa drama, masalah, dan ini lah destinasi akhirnya. Percutian kami 3 hari 2 malam.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Lepas breakfast terus drive ke Kuala Kedah. 2 kereta, 7 orang. Adik yang bongsu tak ikut sebab tengah exam, last minute sekolah dia postponed date exam di mana abang dan kakaknya dah apply cuti. Maka, terpaksa lah tinggal. 9.30 pagi naik feri. Hampir 2 jam baru sampai T_T (kesejukan dalam feri tu). 


Lepas ambil transport terus gerak cari hotel. Proceed De Baron Resort, RM140 semalam. tiada discount untuk government staff. Sekian. Resort ni baru. Memang nice. Cuma lantai toilet sangat licin. Amat bahaya untuk ibu mengandung. Dalam toilet supply sabun mandi je seketul. Shampoo TAK DAK. Huhu. Channel tv ok. Including fav channel saya kat astro. Muahahha..


Lepas lunch kat pekan kuah di kedai yang ''mencekik darah'' kami gerak ke Kompleks Kraf. Tengok-tengok je sebab memang tak pernah datang lagi. Beli souvenir then gerak ke Pantai Pasir Hitam. Cuaca panas sangat nak turun pantai pun tak sanggup. Sudahnya saya minum air kelapa sambil tunggu yang lain shopping.

Destinasi seterusnya Galeria Perdana. Ni kali ke 2 saya datang. Kali terakhir zaman sekolah dulu. Memang banyak perubahan. Malangnya aircond not function, ventilation sangat teruk. Seriously, rasa macam nak collapse dalam tu. Nasib ada kipas, sofa dan kerusi. Memang tak semua benda saya belek sebab very exhausted. Banyak stop rest je. Hubby pun tak bagi jalan.


Gerak balik hotel rest jap. Kul 6 gerak g Pantai Cenang sebab nak tengok matahari terbenam. Nasib sempat sampai, lepas snap photo, kami g dinner kat Restoran Nelayan. Restoran wajib singgah kalau datang Langkawi WALAUPUN masa menunggu makanan siap melebihi 1 jam, di gigit nyamuk dan harga boleh tahan mahal dan SEDAP.
Lepas kekenyangan makan, balik bilik dan tidur.

Ahad, 28 Oktober 2012

Akibat tidur awal semalam, pagi ni terbangun awal. Sebelum subuh sudah jaga tapi rasa macam demam. OMG! Ni yang tak best. Baru nak berjalan merata. T_T Lepas solat Subuh, telan Panadol ajaib, mandi, kemas beg sebab pagi ni nak check out, kami breakfast. Menu sikit je dan kurang menyelerakan. Ke sebab saya demam? Ada bihun goreng, cereal, porridge, tea, coffee, mango juice, bread. Itu je yang ingat. Then check out hotel.

Singgah pekan Kuah jap beli cekelat, kain batik dan lain-lain lagi. Settle semua gerak ke Aseania Hotel check in sana. Bilik ini di sponsor. Hotel ni cantik. Kat receptionist je dah nampak swimming pool memanggil-manggil. Ngeeee.. Masuk bilik. Nice jugak. Komen saya, Lantai bilik patutnya cover dengan carpet. Tak de la terus jubin yang sejuk gedik tu. Sengal tapak kaki den memijaknya. Channel TV tak best. Tak de favourite channel saya. Muahahah.. Toilet supply 2 ketul sabun, shampoo, body shampoo, shower cap, laundry bag. Terbaik compare dengan bilik semalam kami stay.

Lepas Zohor gerak cari kedai makan. Hotel kami area Pantai Chenang. Memang di jangka kedai harga mahal sebab kawasan tourist. Dengan kedai banyak tutup, dan masalah mencari kedai melayu yang halal sudahnya kami redah je masuk kedai bernama ''Nasi Kandar .....'' Dengan harapan makanan halal, sedap dan harga boleh tahan. Malangnya nasi goreng chinese style saya order dia tak buat. Lepas semua dah habis makan bila saya tanya, tukang masak tu tanya kat bos ''Nasi grg chinese style letak apa?'' Dah la lapar. Sudahnya saya minta bungkus je nasi tu buat makan kat bilik nanti.

Perjalanan balik rumah kami singgah Underwater World. Saya dan hubby tak masuk pun. Kami jalan-jalan sekitar tu je. Beli souvenir, makan mcd. Hubby ajak balik bilik jalan kaki. Nasib la dekat dah hotel. Tapi berpeluh gak la bila sampai bilik. Rest jap then tukar baju serang swimming pool. Berendam jap then masuk bilik rest. Petang tu kami tak join pun family g memana. Saya masih rasa tak sihat dan hubby memang tidur keletihan sampai Maghrib.

Ajak hubby g makan sebab perut dah berdondang sayang. Kami jalan kaki je cari kedai makan area Pantai Cenang tu. Jalan-jalan sambil jeling harga makanan. Pitam tengok harga ''Fried Rice small size RM16''. Nasib baik, jumpa kedai melayu yang harga makanan nya standard macam kedai kat kawasan rumah je. Lepas makan jalan balik hotel semula. Saya memang mengantuk. Plan sampai bilik nak tidur je. Malangnya saya dan hubby 'diganggu'. Sudahnya kami bangun keesokkan paginya dengan 'mata panda'.

Isnin, 29 Oktober 2012

Bagun awal seperti pagi kelmarin walau tak berapa nyenyak tidur. Lepas solat, mandi dan kemas luggage turun ke cafe untuk menikmati breakfast free. Ngee.. Menu memang awesome, sedap, variety dan berbaloi. Ada Omelette, mi kari, roti canai segera, plain porridge, cereal, nasi grg, bhn  grg, pan cake, bacon, red beans, bread + kaya, margerine, cheese, tea, coffee, juice grape & orange.


Lepas kenyang, check out dan ke Idaman Suri. Beli beberapa barang then ke Jetty. Hantar transport dan lepak situ je sementara tunggu time nak naik bot.

Sekian saja coretan saya. Hahaha.. Poyo je. Kali ni punya trip biasa saja. Actually banyak tempat saya aim nak ajak hubby g memandangkan ni kali ke dua hubby datang Langkawi dan banyak tempat dia belum pernah pergi. Malangnya saya demam. Hubby cakap lain kali kita datang lain. V(*_^)V


2 comments:

  1. syok jugak...hotel tu very recommended ke so so je ?? hehhehe

    ReplyDelete
  2. La dOLcE mEa_nAtt - Both hotel recommended. Cuma both ada pro and cont. :)

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...