Showing posts with label honeymoon. Show all posts
Showing posts with label honeymoon. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Babymoon di Colmar Tropicale

Salam..
Selepas je saya discharge dari hospital, saya  dapat extra 3 hari MC. Discharge Ahad, MC sehingga Rabu. Hubby lak on leave Isnin dan Selasa. Ntah macam mana masa sembang dengan hubby dalam kereta ajak dia g somewhere. Dia pun setuju nak ke Bukit Tinggi. Masa tengah bersiap, packing barang saya cakap kat hubby g Cameron je la. Lebih mudah. Hotel budget pun banyak. Bukit Tinggi tak banyak pilihan kot. Lagi pun saya baru sekali je pergi sana. Kurang pengetahuan sikit banding dengan Cameron. Hubby lak kata bila lagi nak try tempat yang belum pernah pergi. Ok, dia belum pernah ke Bukit Tinggi.

Kami bertolak dari Penang dalam pukul 4 petang. Memang tak de rushing pun. Sampai sana dalam 9.30 malam dengan bantuan GPS handphone kami berdua. First hotel jumpa The Chateau. Di bawa melihat bilik yang ada. Tinggal room Superior sahaja yang price nya RM750++ Memang lari bajet kami. Terus gerak ke Colmar Tropicale (CT). Price RM 249 untuk 2 single bed + breakfast + free admission Botanical Garden / Japanese village. Kami decide ambil je bilik tu. Saya dapat harga Government servant RM209. Masuk bilik tak de pun 2 single bed. Memang Queen size bed. Memang berbaloi dengan harga yang di bayar.


 Hubby tetiba lapar. Saya belek buku dalam bilik tu cafe sekitar Colmar Tropicale dah tutup selepas 10 malam. Hubby proceed order dine in je. Ini yang di order oleh hubby.

Chef Special Fried Rice
RM22.20. Satu je order. Saya memang kenyang tapi amik gak sesuap dua nasi hubby. Memang sedap dan berbaloi dengan harga.

menu breakfast kami pagi itu
Esoknya lepas breakfast kami keliling CT tangkap gambar kami berdua dengan bantuan tripod dan kamera cikai kami. Huhuhuh. Lepas tu naik shuttle ke Japanese Village. Mendaki bukit nak sampai ke destinasi. Dengan 32weeks memang kudrat saya tak banyak + kaki pendek sebelah dan bekas patah. Nasib la hubby setia menemani saya, memimpin tangan saya dan melayan saya yang keletihan ni. Mujur la Bukit Tinggi ni tak de banyak tempat menarik. Kalau tak memang saya surrender la. Habis 2 jam gak pusing di situ. Then balik ke CT semula. Nasib kami dah check out awal lepas breakfast, kalau tak sure kena penalty lambat check out.
Sampai CT tangkap gambar lagi then gerak balik. Hubby ajak ke Ampang melawat abang dan kakak iparnya. Saya ikut je. Then malam tu lepas Isyak kami gerak balik ke Penang. Alhamdulillah selamat sampai.

p/s - baju yg sama saya dan hubby pakai dengan maternity photoshoot. Ini satu-satunya baju maternity yang saya beli. Itu pun beli untuk photoshoot dan hanyalah dress biasa yang juga boleh pakai after confinement. Hari-hari lain saya belasah pakai t-shirt dan seluar track saja T_T Sangat tak berminat untuk bercantik-cantik.

Friday, November 2, 2012

Family Holiday at Langkawi

**ENTRY INI PENUH BEBELAN DAN GAMBAR**

Salam..

Saya, hubby dan family pergi bercuti di Langkawi. Dah macam adat kot dalam my family setiap kali dapat menantu baru mesti pergi holiday dan destinasinya mesti Langkawi. Hehehe.. Asalnya nak pergi location, date lain tapi lepas beberapa drama, masalah, dan ini lah destinasi akhirnya. Percutian kami 3 hari 2 malam.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Lepas breakfast terus drive ke Kuala Kedah. 2 kereta, 7 orang. Adik yang bongsu tak ikut sebab tengah exam, last minute sekolah dia postponed date exam di mana abang dan kakaknya dah apply cuti. Maka, terpaksa lah tinggal. 9.30 pagi naik feri. Hampir 2 jam baru sampai T_T (kesejukan dalam feri tu). 


Lepas ambil transport terus gerak cari hotel. Proceed De Baron Resort, RM140 semalam. tiada discount untuk government staff. Sekian. Resort ni baru. Memang nice. Cuma lantai toilet sangat licin. Amat bahaya untuk ibu mengandung. Dalam toilet supply sabun mandi je seketul. Shampoo TAK DAK. Huhu. Channel tv ok. Including fav channel saya kat astro. Muahahha..


Lepas lunch kat pekan kuah di kedai yang ''mencekik darah'' kami gerak ke Kompleks Kraf. Tengok-tengok je sebab memang tak pernah datang lagi. Beli souvenir then gerak ke Pantai Pasir Hitam. Cuaca panas sangat nak turun pantai pun tak sanggup. Sudahnya saya minum air kelapa sambil tunggu yang lain shopping.

Destinasi seterusnya Galeria Perdana. Ni kali ke 2 saya datang. Kali terakhir zaman sekolah dulu. Memang banyak perubahan. Malangnya aircond not function, ventilation sangat teruk. Seriously, rasa macam nak collapse dalam tu. Nasib ada kipas, sofa dan kerusi. Memang tak semua benda saya belek sebab very exhausted. Banyak stop rest je. Hubby pun tak bagi jalan.


Gerak balik hotel rest jap. Kul 6 gerak g Pantai Cenang sebab nak tengok matahari terbenam. Nasib sempat sampai, lepas snap photo, kami g dinner kat Restoran Nelayan. Restoran wajib singgah kalau datang Langkawi WALAUPUN masa menunggu makanan siap melebihi 1 jam, di gigit nyamuk dan harga boleh tahan mahal dan SEDAP.
Lepas kekenyangan makan, balik bilik dan tidur.

Ahad, 28 Oktober 2012

Akibat tidur awal semalam, pagi ni terbangun awal. Sebelum subuh sudah jaga tapi rasa macam demam. OMG! Ni yang tak best. Baru nak berjalan merata. T_T Lepas solat Subuh, telan Panadol ajaib, mandi, kemas beg sebab pagi ni nak check out, kami breakfast. Menu sikit je dan kurang menyelerakan. Ke sebab saya demam? Ada bihun goreng, cereal, porridge, tea, coffee, mango juice, bread. Itu je yang ingat. Then check out hotel.

Singgah pekan Kuah jap beli cekelat, kain batik dan lain-lain lagi. Settle semua gerak ke Aseania Hotel check in sana. Bilik ini di sponsor. Hotel ni cantik. Kat receptionist je dah nampak swimming pool memanggil-manggil. Ngeeee.. Masuk bilik. Nice jugak. Komen saya, Lantai bilik patutnya cover dengan carpet. Tak de la terus jubin yang sejuk gedik tu. Sengal tapak kaki den memijaknya. Channel TV tak best. Tak de favourite channel saya. Muahahah.. Toilet supply 2 ketul sabun, shampoo, body shampoo, shower cap, laundry bag. Terbaik compare dengan bilik semalam kami stay.

Lepas Zohor gerak cari kedai makan. Hotel kami area Pantai Chenang. Memang di jangka kedai harga mahal sebab kawasan tourist. Dengan kedai banyak tutup, dan masalah mencari kedai melayu yang halal sudahnya kami redah je masuk kedai bernama ''Nasi Kandar .....'' Dengan harapan makanan halal, sedap dan harga boleh tahan. Malangnya nasi goreng chinese style saya order dia tak buat. Lepas semua dah habis makan bila saya tanya, tukang masak tu tanya kat bos ''Nasi grg chinese style letak apa?'' Dah la lapar. Sudahnya saya minta bungkus je nasi tu buat makan kat bilik nanti.

Perjalanan balik rumah kami singgah Underwater World. Saya dan hubby tak masuk pun. Kami jalan-jalan sekitar tu je. Beli souvenir, makan mcd. Hubby ajak balik bilik jalan kaki. Nasib la dekat dah hotel. Tapi berpeluh gak la bila sampai bilik. Rest jap then tukar baju serang swimming pool. Berendam jap then masuk bilik rest. Petang tu kami tak join pun family g memana. Saya masih rasa tak sihat dan hubby memang tidur keletihan sampai Maghrib.

Ajak hubby g makan sebab perut dah berdondang sayang. Kami jalan kaki je cari kedai makan area Pantai Cenang tu. Jalan-jalan sambil jeling harga makanan. Pitam tengok harga ''Fried Rice small size RM16''. Nasib baik, jumpa kedai melayu yang harga makanan nya standard macam kedai kat kawasan rumah je. Lepas makan jalan balik hotel semula. Saya memang mengantuk. Plan sampai bilik nak tidur je. Malangnya saya dan hubby 'diganggu'. Sudahnya kami bangun keesokkan paginya dengan 'mata panda'.

Isnin, 29 Oktober 2012

Bagun awal seperti pagi kelmarin walau tak berapa nyenyak tidur. Lepas solat, mandi dan kemas luggage turun ke cafe untuk menikmati breakfast free. Ngee.. Menu memang awesome, sedap, variety dan berbaloi. Ada Omelette, mi kari, roti canai segera, plain porridge, cereal, nasi grg, bhn  grg, pan cake, bacon, red beans, bread + kaya, margerine, cheese, tea, coffee, juice grape & orange.


Lepas kenyang, check out dan ke Idaman Suri. Beli beberapa barang then ke Jetty. Hantar transport dan lepak situ je sementara tunggu time nak naik bot.

Sekian saja coretan saya. Hahaha.. Poyo je. Kali ni punya trip biasa saja. Actually banyak tempat saya aim nak ajak hubby g memandangkan ni kali ke dua hubby datang Langkawi dan banyak tempat dia belum pernah pergi. Malangnya saya demam. Hubby cakap lain kali kita datang lain. V(*_^)V


Monday, May 21, 2012

Pic Honeymoon SchAwal

Salam dan Hai..
Apekah motif menepek gambar honeymoon orang...
ngaaaaaa.. Takde idea sebenarnya nak buat entry.. Tapi ok la, mereka kan public figure. Saya bukan la peminta fanatik mereka tapi suka melihat mereka. Dan saya jeles sebab tak dapat pergi New York... Hahahaha

Latest pic mereka



Gambar credit Cari forum, Instagram Schaalyahya dan Instagram Awalashaari

 

ini picca dr seia sekata schawal. kredit pada avrilizana di forum cari :)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...