Tuesday, November 6, 2012

Vitamin

Salam.
Since tahu yang saya preggy saya dah mula ambil vitamin. Haematinic iaitu Folic Acid, B Complex, Ferous Fumarrate yang berfungsi untuk tambah Hb. Since belum kahwin lagi Hb saya memang Yoyo. Kejap naik turun. Tapi tak pernah la kurang dari 12. Cuma bila dah pregnant ni nak kekalkan 12.5 and above.

Memang saya menggunakan kuasa sebagai staff hospital untuk mengambil vitamin ini secara berleluasa. Hahahhaa.. Tak de la. Saya mintak doktor prescribed di awal kehamilan saya dahulu. Masa belum pergi klinik buka buku pink lagi. Memang doktor terus supply untuk 4 bulan. Dia cakap ambil Folic Acid saja dah cukup sebab itu je yang penting since HB saya 12.7 masa tu.

Dia juga ada bagitau yang Folic Acid perlu di ambil sebelum hamil lagi. Bila dah plan nak anak start la makan sebab sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Kawan saya cerita kawannya tak makan folic acid masa preggy, lahir baby takde tempurung kepala. Takut!

Ada juga kekawan yang tanya kenapa tak ambil Obimin je? Hospital saya takde Obimin. Sekian. Hahhaha..
So far tekak saya boleh je terima vitamin2 di atas. Maka saya belasah je makan. Takut dah beli Obimin nanti tekak tak leh terima lak. Kan dah membazir.

Dan ada juga kisah saya kena bayar RM10 untuk 20 biji Folic Acid. Saya geram sebabnya ingatkan bayaran permulaan RM50 tu sekali Folic Acid, rupanya bayaran untuk service doktor yang byk ckp telefon dan ultrasound bersama sekeping gambar. Saya sudah blacklist klinik itu walaupun 17 orang cakap itu klinik sakit puan terbaik di Seberang Perai.

Sehingga kandungan saya masuk 5 bulan saya masih setia dengan 4 serangkai itu. Cuma kena makan double 2x sehari bila Hb mencecah 11. Belum perlu makan Iberet atau Obimin. Harapnya kekal la sampai hujung kehamilan. Aminn

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...