Tuesday, January 29, 2013

Review Novel : Setelah Hati Dimiliki

Salam..
Saya beli novel ni kerana penulisnya, kalau saya tak pernah membaca hasil karya beliau, memang saya tak capai di rak kedai sebabnya cover novel ni sangat tak menarik. Saya tak tahu kenapa lately cover novel-novel alaf21 makin buruk T_T Nasib baik la hasilnya tak mengecewakan walaupun story line di awal pembacaan agak cliche iaitu ''kahwin paksa'' tetapi endingnya tak seperti kebanyakan story kahwin paksa lain.

Sinopsis

Auni terpaksa berkahwin dengan Fikri tunangan adiknya, Amni yang telah mengandungkan anak lelaki lain. Untuk menjaga maruah keluarga Auni rela mengambil tempat Amni tambahan pula dia adalah menantu pilihan ibu Fikri yang mengugut untuk menyaman keluarga mereka sekiranya perkahwinan mereka tidak dijalankan. Perkahwinan mereka yang pada mulanya hanya sekadar di atas kertas kemudian mula membuahkan bibit cinta sehinggalah rahsia Auni terbongkar ketika malam pertama mereka. Auni kemudiannya menceritakan kisah lampaunya yang menjadi rahsia. Dia pernah berkahwin di luar negara semasa melanjutkan pelajaran dahulu. Malangnya suaminya meninggal di Malaysia. Fikri yang marah melayan Auni seperti pelacur, orang gaji dan cemburu butanya menyebabkan mereka bercerai. Auni membawa hati ke rumah umi dan Adam, keluarga arwah suami pertamanya. Adam telah lama jatuh cinta pada Auni tetapi Auni hanya menganggap Adam sebagai adik. Ketika Adam melamar Auni buat kesekian kalinya dan Auni di kejar oleh Fikri yang gila talak dan kemudian Hadi, abang sepupunya juga melamarnya. Siapakah pilihan Auni?

Cerita ni best bagi saya walaupun agak kompleks pada mulanya. Tetapi kalau fokus masa membaca memang akan faham keseluruhan ceritaanya :)

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...